Yang Dipertua UMNO pertama, Dato’ Onn Jaafar
di Johor Bahru pada 1895. Dengan inisiatif dan
usahanya, Pergerakan Melayu Semenanjung Johor
ditubuhkan pada awal 1946. Dato’ Onn telah
dipilih untuk mempengerusikan Kongres Melayu SeMalaya
yang pertama pada 1 -4 Mac 1946 dan dipilih menjadi
Yang Dipertua UMNO yang pertama. Bersama pemimpin
lain, Dato’ Onn berjaya menumpaskan Malayan
Union dan menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu
pada 1 Februari 1948 dan beliau dilantik menjadi
Menteri Besar Johor dan Ahli (Member) Hal Ehwal
Dalam Negeri pada 1951.
Di Mesyuarat Agung UMNO yang Keenam pada 25 dan
26 Ogos 1951 akibat percanggahan pendapat mengenai
cadangannya membuka keanggotaan UMNO kepada orang
bukan Melayu, Dato’ Onn telah melepaskan
jawatan sebagai Yang Dipertua dan terus meninggalkan
UMNO. Ekoran itu, dia menubuhkan parti Kemerdekaan
Malaya (IMP) dan seterusnya Parti Negara (1954),
tetapi gagal meraih sokongan rakyat. Pada pilihan
raya 1959, Dato’ Onn berjaya merebut kerusi
Parlimen Kuala Terengganu Selatan sebagai satu-satunya
wakil Parti Negara yang menang pada pilihan raya
tersebut.
Dato’ Onn menghembuskan nafas terakhirnya
pada Jumaat, 19 Januari 1962 di Johor Baharu.