Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj lahir pada 8
Februari 1903 di Istana Pelamin, Alor Setar, Kedah.
Beliau melibatkan diri dalam UMNO sejak awal
penubuhan UMNO pada 1946 dan dipilih menjadi Yang
Dipertua UMNO kedua pada 26 Ogos 1951 apabila
Dato’ Onn Jaafar melepaskan jawatan tersebut
kerana perbezaan pendapat berkenaan isu membukakan
keahlian UMNO kepada orang bukan Melayu.
Tunku Abdul Rahman memegang jawatan selama kira-kira
20 tahun sebelum berundur pada Januari 1971. Selain
menukar slogan UMNO dari”Hidup Melayu”
kepada “Merdeka”, Tunku juga memulakan
kerjasama di antara UMNO dengan Malayan Chinese
Association (MCA) dan seterusnya dengan Malayan
Indian Congress (MIC) melalui Parti Perikatan.
Langkah tersebut diambil bagi memudahkan usaha
mencapai kemerdekaan.
Tunku mendapat mandat penuh rakyat setelah berjaya
meraih 51 daripada 52 kerusi bagi Majlis Perundangan
Persekutuan pada pilihan raya umum Julai 1955,
Tunku berjaya mendapatkan kemerdekaan penuh bagi
Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.
Tunku seterusnya dilantik menjadi Perdana Menteri
yang pertama. Selepas merdeka, Tunku ‘melahirkan’
pula Malaysia pada 16 September 1963 dengan membawa
masuk Sabah, Sarawak dan Singapura ke dalam Malaya.
Tunku meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri
pada 22 September 1970 dan sebagai Presiden Menteri
pada 22 September 1970 dan sebagai Presiden UMNO
dalam Perhimpunan Agung parti pada 23-24 Januari
1971.
Tunku Abdul Rahman mangkat pada 6 Disember 1990.