Tun Hussein Onn, Presiden UMNO yang keempat,
dilahirkan pada 12 Februari 1922 di Johor Bahru,
Johor. Beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia
pada 15 Januari 1976 ekoran kematian Allahyarham
Tun Abdul Razak menjadi Presiden UMNO pada 15
September 1978.
Pada 1950 dalam usia 28 tahun, beliau dipilih
sebagai Ketua Hal Ehwal Pemuda UMNO dan kemudiannya
sebagai Setiausaha Agung. Pada 1951 Tun Hussein
mengikut bapanya meninggalkan UMNO dan menubuhkan
Parti Kemerdekaan Malaysia (IMP) dan Parti Negara,
tetapi kembali semula ke pangkuan UMNO pada 1964.
Pada Jun 1969 beliau dilantik menjadi ahli jawatankuasa
Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan seterusnya Menteri
Pelajaran (1970) dan kemudian dipilih sebagai
salah seorang Naib Presiden UMNO. Pada 8 Ogos
1973, Tun Hussein dilantik menjadi Timbalan Presiden
UMNO menggantikan Allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul
Rahman yang meninggal dunia pada 20 Ogos 1973.
Pada 11 Mei 1977, Tun Hussein melancarkan Koperasi
Usaha Bersatu (KUB) dan Amanah Saham Nasional
(ASN). Pada 21 April 1981, beliau melepaskan jawatan
sebagai Presiden UMNO yang seterusnya disandang
oleh Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad.
Tun Hussein meletakkan jawatan sebagai Pengerusi
Barisan National (BN) pada 15 Julai 1981 dan pada
keesokannya, dia melepaskan pula jawatan sebagai
Perdana Menteri.
Tun Hussein Onn meninggal dunia pada 29 Mei 1990
di Institut Jantung Pusat Rawatan Seaton, San
Francisco, Amerika Syarikat.