Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad, Presiden UMNO
yang kelima, lahir pada 20 Disember 1925 di No.
18, Lorong Kilang Ais, Seberang Perak, Alor Setar,
Kedah.
Penglibatannya dalam politik bermula pada 1945
bila dia menyertai Saberkas, Kesatuan Melayu Muda
Kedah dan seterusnya UMNO (1946). Pada 1965, beliau
dipilih menjadi Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT)
UMNO. Selain pengharaman bukunya ‘The Malay
Dilemma’, Dr. Mahathir juga pernah dipecat
daripada UMNO pada 26 September 1969.
Dr.Mahathir yang pernah dilabel sebagai ‘Ultra
Melayu’ diterima balik menyertai UMNO pada
7 Mac 1972 dan kemudian dilantik sebagai ahli
Dewan Negara (1973-1974). Pada 1974, beliau dlantik
menjadi Menteri Pelajaran. Apabila Perdana Menteri/Presiden
UMNO, Tun Razak Datuk Hussein meninggal dunia
pada 14 Januari 1976, penggantinya Tun Hussein
Onn melantik Dr. Mahathir sebagai Timbalannya
(5 Mac 1976). Ketika itu Dr. Mahathir merupakan
Naib Presiden UMNO.
Pada Perhimpunan Agung UMNO 1978, Dr. Mahathir
menang tanpa bertanding jawatan Timbalan Presiden
parti. Beliau seterusnya dipilih menjadi Presiden
UMNO pada 26 Jun 1981 dan mengangkat sumpah sebagai
Perdana Menteri pada 16 Julai 1981 bagi mengambil
tempat Tun Hussein yang meletakkan jawatan dalam
parti dan kerajaan kerana masalah kesihatan.
Sebaik sahaja menjadi Perdana Menteri, Dr. Mahathir
melakukan pelbagai perubahan dasar yang drastic
dalam bidang pentadbiran, pemikiran dan per juangan.
Antara pembaharuan yang dilakukannya ialah mengemukakan
Dasar Pandang ke Timur, Bersih Cekap Amanah, Kepimpinan
Melalui Tauladan, Persyarikatan Malaysia, pengeluaran
kereta nasional pertama, penerapan nilai-nilai
Islam dalam perkhidmatan awam, menyamakan waktu
di antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak
serta Singapura dan Wawasan 2020.
(1) Syarikat Bekerjasama Kebajikan Am Saiburi
(Saberkas).
(2) Pada 28 Februari 1991, Dr. Mahathir mangemukakan
Wawasan 2020, iaitu satu rancangan dan matlamat
jangka panjang untuk menjadikan Malaysia Negara
maju dengan acuannya sendiri pada 2020.