Peperangan
dunia kedua tamat secara tiba-tiba bila Jepun
menyerahkanlah selepas bom atom digugurkan
di Hiroshima dan Nagasaki pada 6 dan 8 Ogos
1945.
Penguasaan semula Semenanjung
Tanah Melayu oleh bala tentera British berlaku
pada 5 September 1945. Laksamana Earl Mountbatten
sebagai panglima agung bagi kawasan Asia Tenggara
telah mengiystiharkan Pentadbiran Tentera
British (British Military Administration –
BMA) yang menjalankan semua kuasa pemerintahan.
Di beberapa negeri Malayu,
pengiktirafan Sultan ditangguhkan oleh BMA
dan ada pula Sultan yang terus disingkirkan.
Kerajaan British sebenarnya mempunyai muslihat
untuk menjadi seluruh semenanjung sebagai
jajahan takluk yang perancangannya bermula
semenjak 1943.
Pada 10 Oktober 1945 kertas
putih berkenaan cadangan menjadi semenanjung
Tanah Melayu sebagai koloni telah diumumkan
di Parlimen British. Keesokan harinya, wakil
khas Kerajaan British, Sir Harold MacMicheal
tiba di Pelabuhan Swettenham untuk mendapatkan
persetujuan Raja-raja Melayu menyerahkan kuasa
pemerintahan negeri masing-masing kepada Kerajaan
British.
Secara tipu helah dan ugutan
halus, MacMicheal dalam tempoh yang singkat,
berjaya mamperdayakan Sultan-sultan menyerahkan
kuasa dengan menandatangani Triti Baru.
Apabila orang-orang Melayu
menyedari tindakan British itu, mereka telah
membantah sekeras-kerasnya. Akhbar-akhbar
Melayu turut bersuara dengan lantang membangkang
hasrat Kerajaan British. |