|
Pergerakan Pemuda
lahir tiga tahun setelah tertubuhnya UMNO. Pada
mulanya ia dikenali sebagai Perikatan Pemuda UMNO
dan penubuhannya berlaku di perhimpunan agung UMNO
yang bersidang di Butterworth pada 26 Ogos 1946.
Kapten Hussein Onn telah dipilih mengetuainya.
Sejak itu lahirlah satu tenaga
penggerak dan pendorong yang gigih dalam UMNO dan
bertindak sebagai tulang belakang dan sayap kanan
kepada seluruh perjuangan UMNO hingga sekarang.
Pemuda menjadi pelapor kepada banyak
kejayaan yang telah dicapai oleh UMNO dan ramai
pemimpin Pemuda kemudiannya mengambil alih tugas-tugas
penting dalam kerajaan.
Apabila Hussein Onn dilantik sebagai
Setiausaha Agung UMNO, Dato’ Abdul Razak bin
Hussein telah dipilih memegang teraju pergerakan
Pemuda. Namun Abdul Razak merasakan bahawa lebih
wajar baginya melibatkan diri dalam badan induk
parti. Persefahaman telah tercapai bagi dia bertukar
tempat dengan Sardon Jubir
Perjuangan UMNO pada masa itu ialah
membebaskan Negara dari penjajah British dan Pemuda
menjadi penggerak penting. Sardon berjaya mengubahkan
cogankata UMNO dari HIDUP MELAYU kepada MERDEKA
bagi meniupkan bara kemerdekaan ke dalam diri setiap
pemuda dan memilih 31 Ogos 1957 sebagai tarikh kemerdekaan.
Selepas 13 tahun, pimpinan Pergerakan
Pemuda beralih kepada Senu Abdul Rahman pada 1964.
Semangat Pemuda Tahan Lasak dan buku Rovolusi Mental
diperkenalkan bagi mengubah pemikiran orang Melayu.
Harun Idris mengambil alih pimpinan
Pemuda pada 1971 dan dibawahnya Pemuda membawa imej
sebagai kumpulan pendesak. Ketika itu Dasar Ekonomi
Baru sedang diperkenalkan oleh kerajaan dan Pemuda
memainkan peranan penting bagi melaksanakannya.
Syed Jaafar Albar muncul sebagai
Ketua Pemuda pada 1976 dan berupaya merapatkan semua
pengerakan itu kepada parti induk. “Singa
UMNO” ini hanya sempat memegang teraju selama
enam bulan apabila dia meninggal dunia.
Pimpinan Pemuda UMNO jatuh ke tangan
Suhaimi Kamaruddin pada 1977 dan beliau cuba menukar
slogan perjuangan kepada “Pemuda Era Bertindak”.
Suhaimi tidak berupaya mempertahankan
jawatannya di pemilihan pada 1982. Tempatnya diambil
alih oleh Anwar Ibrahim, seorang bekas pemimpin
pelajar dan belia yang popular dan berkesan.
Di bawah Anwar Pengerakan Pemuda
kembali bersemangat dan beliau berjaya membawa pemuda
seiring dengan perubahan pemerintahan ke era baru.
Beliau menggesa supaya Pemuda menjadi “Angkatan
Penggerak Zaman” dengan mengutarakan agenda
membasmi resuah dan kemiskinan serta mempunyai memberi
peluang hak bersuara dan menyampaikan kritikan.
Anwar tidak mempertahankan jawatan
Ketua Pemuda pada 1987 sebaliknya bertanding dengan
jayanya bagi kerusi Naib Presiden. Gagasan Anwar
diteruskan oleh Najib Tun Razak yang juga mengadakan
perhubungan rapat dengan semua peringkat kepimpinan
dengan menganjurkan kursus “Siri Perdana”.
Selepas Najib, pimpinan beralih
kepada Abdul Rahim Tamby Chik. Belum genap setahun
mengetuai Pergerakan Pemuda, Rahim terpaksa berundur
buat seketika bagi menyelesaikan masalah peribadinya
dan jawatan Ketua telah dipangku oleh Nazri Aziz.
Rahim kemudiannya kembali meminpin Pergerakan Pemuda
UMNO Malaysia pada Januari 1996. |