PERATURAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO

KANDUNGAN

 

                                                                                                    Muka

Fasal 1         Darihal Peraturan Ini                                                           1

Fasal 2         Nama                                                                               1

Fasal 3         Tujuan-tujuan                                                                   1

Fasal 4         Keahlian Pemuda                                                                1

Fasal 5         Jawatankuasa Pemuda UMNO Malaysia                                  2

Fasal 6         Mesyuarat Jawatankuasa                                                     6

Fasal 7         Tugas-tugas Dan Tanggungjawab                                          7

Fasal 8         Pejabat Setiausaha Pemuda UMNO Malaysia                           7

Fasal 9         Perhimpunan Agung Pemuda UMNO Malaysia                           7

Fasal 10        Perhimpunan Agung Khas Pemuda UMNO Malaysia                   9

Fasal 11        Badan Perhubungan Pemuda UMNO                                        10

Fasal 12        Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian                                   15

Fasal 13        Pejabat Setiausaha Pemuda UMNO Bahagian                            20

Fasal 14        Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian                         20

Fasal 15        Mesyuarat Perwakilan Khas Pemuda UMNO Bahagian                  22

Fasal 16        Penubuhan Pemuda UMNO Bahagian                                       22

Fasal 17        Jawatankuasa Pemuda UMNO Cawangan                                 23

Fasal 18        Pejabat Setiausaha Pemuda UMNO Cawangan                          27

Fasal 19        Persidangan Pemuda UMNO Cawangan                                    27

Fasal 20        Persidangan Khas Pemuda UMNO Cawangan                             29

Fasal 21        Kewangan Dan Harta                                                           30

Fasal 22        Kesempurnaan Peraturan Ini                                                  30

Fasal 23        Tafsiran                                                                            30

Fasal 24        Peraturan-Peraturan Mesyuarat                                             31

Fasal 25        Tarikh Dijalankan Peraturan Ini                                              31

 

   

FASAL 1         DARIHAL PERATURAN INI

Menurut Fasal 21 Perlembagaan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu, bahawa Majlis Tertinggi UMNO berkuasa membuat Peraturan ini yang dinamakan “Peraturan Pergerakan Pemuda UMNO”.

 

FASAL 2         NAMA

Pergerakan ini adalah dinamakan “Pergerakan Pemuda UMNO”, ringkasnya “Pemuda UMNO”.

 

FASAL 3         TUJUAN-TUJUAN

                   Tujuan-tujuan Pemuda UMNO ialah :-

3.1        Menggalakkan Ahli-ahlinya mengambil bahagian aktif dalam lapangan agama, politik, pendidikan, ekonomi, kebudayaan, sukan dan kebajikan masyarakat.

3.2        Menganjur dan mengadakan latihan kepimpinan dan lain-lain latihan bagi mencapai tujuan-tujuan di atas.

3.3        Bekerjasama dengan badan-badan lain yang dipersetujui oleh Majlis Tertinggi UMNO.

 

FASAL 4         KEAHLIAN PEMUDA

4.1        Setiap Ahli-ahli biasa (lelaki) UMNO yang berumur tidak lebih daripada 40 tahun berkenaan, adalah secara sendirinya menjadi Ahli Pergerakan ini.

4.2        Seseorang Ahli Pemuda akan menjadi Ahli Pemuda di dalam Cawangan UMNO dimana ia berdaftar menjadi Ahli Biasa UMNO.

4.3        Seseorang Ahli Pemuda tidak boleh menjadi Ahli Pemuda lebih dari satu Cawangan.

4.4        Seseorang tidak lagi menjadi Ahli Pemuda dengan berhentinya ia daripada menjadi ahli UMNO.

 

FASAL 5         JAWATANKUASA PEMUDA UMNO MALAYSIA

5.1        Sesebuah Jawatankuasa Pemuda UMNO Malaysia hendaklah diadakan dengan mengandungi Ahli-ahli seperti berikut:-

5.1.1             Ketua

5.1.2             Naib Ketua

5.1.3             Setiausaha Agung

5.1.4             Penolong Setiausaha (Pemuda)

5.1.5             Penolong Bendahari (Pemuda)

5.1.6             Ketua Penerangan (Pemuda)

5.1.7             Tidak lebih dari 20 orang Ahli Jawatankuasa Pemuda yang dipilih oleh Perhimpunan Agung Pemuda UMNO.

5.1.8             Tidak lebih dari 5 orang Ahli Pemuda yang dilantik oleh Ketua Pemuda UMNO.

5.2              Ketua Pemuda hendaklah dipilih oleh Perhimpunan Agung Pemuda tiap-tiap tiga tahun sekali dan akan menjadi Naib Presiden UMNO Malaysia menurut Perlembagaan UMNO Fasal 9.2.3 dan 9.4.

5.3              Naib Ketua Pemuda dan dua puluh (20) orang Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Malaysia hendaklah dipilih oleh Perhimpunan Agung Pemuda tiap-tiap tiga (3) tahun sekali.

5.4              Setiausaha Agung UMNO dengan sendirinya menjadi Setiausaha Pemuda UMNO.

5.5              Penolong Setiausaha (Pemuda), Penolong Bendahari (Pemuda), dan Ketua Penerangan (Pemuda) dan lima (5) orang Ahli Jawatankuasa (Pemuda) boleh dilantik oleh Ketua Pemuda dan disahkan oleh Presiden dan akan memegang jawatan selama tiga (3) tahun kecuali mereka meminta berhenti atau diberhentikan oleh Ketua.

5.6              Calon-calon yang bertanding untuk memegang sebarang jawatan Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Malaysia hendaklah dinamakan oleh sekurang-kurangnya:-

(a) Ketua Pemuda                        -   20%

(b) Naib Ketua Pemuda                  -   15%

(c) Ahli-ahli Jawatankuasa Pemuda  -    5%

dari jumlah Bahagian yang sah mengikut Fasal 14.3.5 Peraturan ini.

5.7              Jika dua pertiga atau lebih bilangan Ahli-ahli Jawatankuasa Pemuda berhenti maka Jawatankuasa itu dianggap telah bubar dan Majlis Tertinggi bolehlah mengadakan Perhimpunan Agung Khas Pemuda UMNO Malaysia bagi menubuhkan semula Jawatankuasa Pemuda UMNO dan Majlis Tertinggi berkuasa menentukan tempoh perkhidmatan Jawatankuasa yang baru dipilih itu.

5.8              Sekiranya seseorang Ahli Jawatankusa Pemuda tiada lagi memegang jawatannya atas apa-apa sebab sekalipun maka Jawatankuasa Pemuda UMNO Malaysia tidak berkuasa melantik gantinya kecuali Ahli-ahli Jawatankuasa yang dilantik menurut Fasal 5.1.4, 5.1.5, 5.1.6 dan 5.1.8 Peraturan ini yang mana Ketua Pemuda UMNO Malaysia berkuasa melantik gantinya.

5.9              Pegawai-pegawai Jawatankuasa Pemuda UMNO Malaysia ialah :

5.9.1       Ketua

5.9.2       Naib Ketua

5.9.3       Setiausaha Agung

5.9.4       Penolong Setiausaha (Pemuda)

5.9.5       Penolong Bendahari (Pemuda)

5.9.6       Ketua Penerangan (Pemuda)

5.10          Tugas-tugas pegawai dalam Jawatankuasa Pemuda UMNO Malaysia ialah :-

5.10.1 Ketua :-

5.10.1.1         Membantu tugas-tugas Presiden.

5.10.1.2         Menjadi pemimpin utama kepada Pemuda UMNO dan bertanggungjawab menjaga kesempurnaan.

5.10.1.3         Melantik Penolong Setiausaha (Pemuda), Penolong Bendahari (Pemuda), Ketua Penerangan (Pemuda) dan Ketua Pemuda Perhubungan Negeri dan Wilayah Persekutuan.

5.10.1.4         Memanggil dan mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemuda UMNO Malaysia.

5.10.1.5         Melantik lima (5) orang Ahli Jawatankuasa Pemuda Malaysia mengikut Fasal 5.1.8. peraturan ini.

5.10.2   Naib Ketua:-

5.10.2.1         Membantu tugas-tugas Ketua.

5.10.2.2         Mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Pemuda UMNO Malaysia apabila Ketua Pemuda tidak hadir.

5.10.3   Setiausaha Agung :-

Menerima maklum dan memberi garis panduan mengenai perjalanan Pemuda UMNO yang dirujukkan oleh Penolong Setiausaha (Pemuda).

5.10.4   Penolong Setiausaha (Pemuda):-

5.10.4.1         Bertanggungjawab kepada Ketua Pemuda dan Setiausaha Agung UMNO Malaysia.

5.10.4.2         Bertanggungjawab atas kesempurnaan mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Pemuda UMNO Malaysia dan Perhimpunan Agung Pemuda serta menyelaras dengan Pemuda UMNO Malaysia dan Perhimpunan Agung Pemuda serta menyelaras dengan Pemuda Negeri dan Pemuda UMNO Bahagian.

5.10.4.3         Menyediakan Penyata Tahunan dan Peringatan Perhimpunan Agung Pemuda UMNO Malaysia yang menerangkan pekerjaan dan kemajuan dalam masa setahun yang lalu.

5.10.5   Penolong Bendahari (Pemuda) :-

5.10.5.1   Bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan kewangan Pemuda UMNO Malaysia.

5.10.5.2   Menyediakan anggaran pendapatan dan perbelanjaan tahunan kepada Jawatankuasa Pemuda UMNO Malaysia.

5.10.6   Ketua Penerangan (Pemuda):-

Bertanggungjawab atas kesempurnaan kegiatan penerangan Pemuda UMNO Malaysia dan melaporkannnya kepada Jawatankuasa Pemuda UMNO Malaysia.

 

FASAL 6         MESYUARAT JAWATANKUASA

6.1              Jawatankuasa Pemuda UMNO Malaysia hendaklah bersidang sekurang-kurangnya 2 bulan sekali atau pada sebarang masa yang dikehendaki oleh Ketua.

6.2              Satu perdua daripada Ahli Jawatankuasa itu adalah menjadi cukup bilangan bagi menjalankan mesyuarat Jawatankuasa.

6.3              Sebarang mesyuarat Jawatankuasa hendaklah dipengerusikan oleh Ketua atau Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan sekiranya mereka tidak hadir bolehlah mesyuarat memilih salah seorang daripada Ahli Jawatankuasa yang hadir menjadi Pengerusi.

 

FASAL 7         TUGAS-TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB    

Tugas-tugas dan tanggungjawab Jawatankuasa Pemuda UMNO Malaysia ialah :-

7.1              Berikhtiar dan berusaha melaksanakan tujuan-tujuan yang terkandung dalam Fasal 3 Peraturan ini.

7.2              Menjalankan arahan-arahan daripada Majlis Tertinggi.

7.3              Berikhtiar dan berusaha mencari derma-derma untuk kemajuan Pemuda UMNO dengan persetujuan Majlis Tertinggi atau Presiden UMNO.

 

FASAL 8         PEJABAT SETIAUSAHA PEMUDA UMNO MALAYSIA

Pejabat Setiausaha Agung UMNO Malaysia adalah juga Pejabat Setiausaha Pemuda UMNO Malaysia.

 

FASAL 9         PERHIMPUNAN AGUNG PEMUDA UMNO MALAYSIA

9.1              Perhimpunan Agung Tahunan Pemuda UMNO Malaysia hendaklah diadakan setahun sekali dan lebih dari Perhimpunan Agung UMNO Malaysia.

9.2              Sebarang Perhimpunan Agung Pemuda UMNO hendaklah mengandungi Ahli-ahli sebagaimana yang berikut:-

9.2.1       Pengerusi Tetap Pemuda dan Timbalan Pengerusi Tetap Pemuda

9.2.2       Jawatankuasa Pemuda UMNO Malaysia .

9.2.3       Ketua dan Naib Ketua Pemuda Bahagian-bahagian yang telah mengadakan Perwakilannya. Jika mereka menjadi Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Malaysia, maka bolehlah melantik gantinya yang terdiri daripada Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap atau Ahli Jawatankuasa Pemuda Bahagiannya.

9.2.4       Dua (2) orang wakil yang dipilih oleh Mesyuarat Perwakilan dari dari tiap-tiap Bahagian Pemuda Bahagiannya.

9.2.5       Tidak lebih dari tiga (3) orang wakil Majlis Tertinggi.

9.3              Semua Ahli-ahli Perwakilan Perhimpunan Agung Pemuda UMNO Malaysia di bawah Fasal 9.2.4 Peraturan ini hendaklah membawa surat tauliah dari Ketua atau Setiausaha Pemuda UMNO Bahagian masing-masing.

9.4              Perhimpunan Agung Pemuda UMNO Malaysia hendaklah

memilih :-

9.4.1       Pengerusi Tetap Pemuda dan Timbalan Pengerusi Tetap Pemuda.

9.4.2       Seorang Ketua Pemuda mengikut Fasal 5.2 Peraturan ini.

9.4.3       Naib Ketua dan Jawatankuasa Pemuda mengikut Fasal 5.3 Peraturan ini.

9.4.4       10 orang wakil ke Perhimpunan Agung UMNO Malaysia sebagaimana yang diperuntukkan oleh Fasal 8.4.5 Perlembagaan UMNO.

9.5              Semua keputusan Perhimpunan Agung Pemuda hendaklah terlebih dahulu dirujukkan kepada Majlis Tertinggi.

9.6              Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap Perhimpunan Agung Pemuda UMNO Malaysia hendaklah dipilih pada tiap-tiap tahun sekali dalam Perhimpunan Tahunannya dari kalangan Ahli Pemuda UMNO. Pengerusi Tetap atau Timbalan Pengerusi Tetap ini hendaklah menjadi Pengerusi di dalam sebarang Perhimpunan Agung Pemuda UMNO Malaysia maka berkuasalah Perhimpunan itu mengangkat seorang daripada Ahli-ahli Perwakilan yang hadir menjadi Pengerusi bagi Perhimpunan itu sahaja.

 

FASAL 10       PERHIMPUNAN AGUNG KHAS PEMUDA UMNO MALAYSIA

10.1          Perhimpunan Agung Khas Pemuda UMNO Malaysia yang mempunyai cara perwakilan yang sama dengan Perhimpunan Agung Pemuda UMNO Malaysia bolehlah diadakan pada bila-bila masa mengikut salah satu syarat yang berikut:-

10.1.1   Dengan kehendak Majlis Tertinggi.

10.1.2   Dengan permintaan bertulis dua pertiga daripada jawatankuasa Pemuda UMNO Malaysia dan dengan kebenaran Majlis Tertinggi.

10.1.3   Dengan permintaan bertulis oleh sekurang-kurangnya satu perdua daripada jumlah semua Bahagian-bahagian Pemuda dengan syarat Bahagian-bahagian Pemuda itu telah mengadakan mesyuarat Perwakilan Khas atas masalah yang sama.

 

FASAL 11       BADAN PERHUBUNGAN PEMUDA UMNO

11.1          Badan Perhubungan Pemuda UMNO bolehlah ditubuhkan di tiap-tiap Negeri dan Wilayah Persekutuan yang mempunyai lebih dari satu Bahagian Pemuda UMNO dengan mempunyai tugas-tugas dan tanggungjawab yang tertentu untuk mentadbirkan perjalanan Bahagian-bahagian Pemuda UMNO yang ada di dalam sesebuah Negeri dan Wilayah Persekutuan.

11.2          Badan Perhubungan Pemuda UMNO hendaklah terdiri daripada:-

11.2.1   Ketua

11.2.2   Naib Ketua

11.2.3   Setiausaha Badan Perhubungan UMNO

11.2.4   Penolong Setiausaha (Pemuda)

11.2.5   Penolong Bendahari (Pemuda)

11.2.6   Ketua Penerangan (Pemuda)

11.2.7   Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian berhak mengambil tempat Ketua Pemuda di Mesyuarat Jawatankuasa Badan Perhubungan jika Ketua Pemuda Bahagian tidak dapat hadir.

11.3          Ketua dan Naib Ketua hendaklah dilantik oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia, selepas pemilih Perhimpunan Agung Pemuda UMNO Malaysia atau pemilihan mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian.

11.4          Setiausaha Badan Perhubungan UMNO adalah dengan sendirinya menjadi Setiausaha Badan Perhubungan Pemuda UMNO.

11.5          Penolong Setiausaha (Pemuda), Penolong Bendahari (Pemuda) dan Ketua Penerangan (Pemuda) hendaklah dilantik oleh Ketua Badan Perhubungan Pemuda UMNO dan akan memegang jawatan masing-masing sehingga dilantik Badan Perhubungan Pemuda UMNO yang baru atau mereka meminta berhenti atau diberhentikan dengan apa jua sebab sekalipun oleh Ketua dan mereka boleh digantikan oleh Ketua itu.

11.6          Badan Perhubungan Pemuda UMNO hendaklah bersidang sekurang-kurangnya sekali dalam masa 2 bulan atau pada bila-bila-bila masa yang dikehendaki oleh Ketuanya atau Ketua Pemuda UMNO Malaysia ataupun dengan permintaan bersurat dari satu pertiga daripada bilangan Ahli-ahlinya.

11.7          Satu perdua daripada bilangan Ahli-ahli Jawatankuasa adalah menjadi cukup bilangan bagi menjalankan mesyuarat.

11.8          Sebarang mesyuarat Badan Perhubungan Pemuda UMNO hendaklah dipengerusikan oleh Ketua atau Naib Ketuanya dan sekiranya mereka tidak hadir maka bolehlah Ahli-ahli yang hadir memilih salah seorang Ahli Jawatankuasa menjadi Pengerusi.

11.9          Pegawai-pegawai Badan Perhubungan Pemuda UMNO ialah:-

11.9.1   Ketua

11.9.2   Naib Ketua

11.9.3   Setiausaha Badan Perhubungan UMNO

11.9.4   Penolong Setiausaha (Pemuda)

11.9.5   Penolong Bendahari (Pemuda)

11.9.6   Ketua Penerangan (Pemuda)

11.10      Tugas-tugas pegawai dalam Badan Perhubungan Pemuda UMNO:-

11.10.1Ketua :-

                   11.10.1.1     Membantu tugas-tugas Pengerusi Badan

                                    Perhubungan UMNO.

  11.10.1.2     Melantik Penolong Setiausaha (Pemuda), Penolong Bendahari (Pemuda) dan Ketua Penerangan (Pemuda).

  11.10.1.3     Memanggil dan mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan Pemuda UMNO.

11.10.2.4    Menjadi wakil ke Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO mengikut Fasal 12.2.7 Perlembagaan UMNO.

11.10.2 Naib Ketua :-

11.10.2.1    Membantu tugas-tugas Ketua.

11.10.2.2    Mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat Badan Perhubungan Pemuda UMNO apabila Ketua tidak hadir.

11.10.2.3    Menjadi wakil ke Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO.

11.10.3 Setiausaha Badan Perhubungan:-

 11.10.3.1      Menerima maklum dan memberi garis  panduan mengenai perjalanan Badan Perhubungan Pemuda UMNO yang dirujukkan oleh Penolong Setiausaha Badan Perhubungan Pemuda UMNO.

11.10.3.2       Menyelia kesempurnaan mesyuarat-mesyuarat Badan Perhubungan Pemuda UMNO.

11.10.4 Penolong Setiausaha (Pemuda):-

11.10.4.1 Bertanggungjawab kepada Ketua dan   Setiausaha Badan Perhubungan UMNO.

11.10.4.2 Bertanggungjawab atas kesempurnaan mesyuarat-mesyuarat Badan Perhubungan Pemuda UMNO.

11.10.4.3 Memanggil mesyuarat Badan Perhubungan Pemuda UMNO.

11.10.5 Penolong Bendahari (Pemuda) :-

Bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan kewangan Badan Perhubungan Pemuda UMNO.

11.10.6 Ketua Penerangan (Pemuda) :-

Bertanggungjawab atas kesempurnaan kegiatan penerangan Badan Perhubungan Pemuda UMNO dan melaporkannya kepada badan Badan Perhubungan Pemuda UMNO.

11.11 Tugas-tugas dan tanggungjawab Badan Perhubungan Pemuda UMNO ialah :-

11.11.1 Bekerjasama dengan Badan Perhubungan UMNO dan mengatur serta menyesuaikan perjalanan Bahagian-bahagian dan Cawangan-cawangan Pemuda UMNO dalam sesebuah negeri itu.

11.11.2 Menjadi badan perantaraan di antara Pemuda UMNO Malaysia dengan Pemuda Bahagian atas perkara-perkara yang ditugaskan kepadanya.

11.11.3 Mencari sumber-sumber kewangan untuk kemajuan Pemuda dengan persetujuan Badan Perhubungan UMNO.

11.11.4 Menyampai dan menjalankan arahan-arahan yang diterima daripada Pemuda UMNO Malaysia dan Badan Perhubungan UMNO kepada Bahagian-bahagian Pemuda UMNO dalam Negeri itu.

11.11.5 Bekerjasama dengan Badan Perhubungan UMNO dalam serba lapangan yang dikehendaki.

11.12 Pejabat Setiausaha Badan Perhubungan UMNO adalah menjadi Pejabat Setiausaha Badan Perhubungan Pemuda UMNO.

 

FASAL 12       JAWATANKUASA PEMUDA UMNO BAHAGIAN

12.1          Pemuda UMNO Bahagian boleh ditubuhkan oleh Jawatankuasa UMNO Bahagian di tiap-tiap Bahagian.

12.2          Tugas dan tanggungjawab sesebuah Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian itu adalah tertakluk di bawah Perlembagaan UMNO dan Peraturan ini.

12.3          Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian hendaklah diadakan dengan mengandungi Ahli-ahli seperti berikut :-

12.3.1   Ketua

12.3.2   Naib Ketua

12.3.3   Setiausaha UMNO Bahagian

12.3.4   Penolong Setiausaha (Pemuda)

12.3.5   Penolong Bendahari (Pemuda)

12.3.6   Ketua Penerangan (Pemuda)

12.3.7   Tidak lebih dari lima belas (15) orang ahli jawatankuasa Pemuda yang dipilih oleh Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian.

12.3.8   Tidak lebih dari tiga (3)  orang Ahli Pemuda yang dilantik oleh Ketua Pemuda UMNO Bahagian.

12.4          Ketua, Naib Ketua dan lima belas (15) orang Ahli Jawatankuasa Pemuda Bahagian tiap-tiap tiga (3) tahun sekali.

12.5          Setiausaha UMNO Bahagian adalah dengan sendirinya menjadi Setiausaha Pemuda UMNO Bahagian.

12.6          Penolong Setiausaha (Pemuda), Penolong Bendahari (Pemuda), Ketua Penerangan (Pemuda) dan tiga (3) orang Ahli Jawatankuasa Pemuda hendaklah dilantik oleh Ketua Pemuda UMNO Bahagian dan akan memegang jawatan itu selama tempoh jawatankuasa Bahagian yang berkenaan selama tempoh Jawatankuasa Bahagian yang berkenaan kecuali mereka berhenti atau diberhentikan oleh Ketua Pemuda Bahagian.

12.7          Calon-calon yang bertanding bagi memegang jawatan di dalam Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian hendaklah dinamakan oleh sekurang-kurangnya:-

(a)   Ketua                          -        15%

(b)   Naib Ketua                   -        10%

(c)   Ahli Jawatankuasa         -    2 cawangan

                   12.8    Jika Ketua Pemuda UMNO Bahagian berhenti atau diberhentikan

maka Naib Ketua akan memangku jawatan itu dan jika Pemangku Ketua berhenti atau diberhentikan maka Jawatankuasa bolehlah melantik salah seorang Ahli Jawatankuasa untuk memangku jawatan itu sehingga diadakan Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian menurut Fasal 14.3.2 Peraturan ini.

12.9    Pegawai-pegawai Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian ialah:

12.9.1   Ketua

12.9.2   Naib Ketua

12.9.3   Setiausaha UMNO Bahagian

12.9.4   Penolong Setiausaha (Pemuda)

12.9.5   Penolong Bendahari (Pemuda)

12.9.6   Ketua Penerangan (Pemuda)

12.10      Tugas-tugas pegawai dalam Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian.

12.10.1 Ketua:-

12.10.1.1           Membantu tugas-tugas Ketua UMNO Bahagian.

12.10.1.2           Melantik Penolong Setiausaha (Pemuda)

12.10.1.3           Melantik tiga (3) orang Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Mengikut Fasal 12.3.8 Peraturan.

12.10.1.4           Memanggil dan mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian.

12.10.2     Naib Ketua:-

12.10.2.1           Membantu tugas-tugas Ketua

12.10.2.2           Mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian apabila Ketua tidak hadir.

12.10.3     Setiausaha UMNO Bahagian:-

12.10.3.1           Menerima maklum dan memberi garis panduan mengenai perjalanan Pemuda UMNO Bahagian yang dirujukkan oleh Penolong Setiausaha (Pemuda) UMNO Bahagian.

12.10.3.2           Menyelia kesempurnaan mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Mengikut Fasal 12.3.8. Peraturan.

12.10.4     Penolong Setiausaha (Pemuda):-

12.10.4.1           Bertanggungjawab kepada Ketua UMNO Bahagian dan Setiausaha UMNO Bahagian.

12.10.4.2           Bertanggungjawab atas kesempurnaan mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian.

12.10.4.3           Menyediakan Penyata Tahunan dan Peringatan Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian.

12.10.5     Penolong Bendahari (Pemuda):-

Bertanggungjawab atas kesempurnaan mesyuarat perjalanan kewangan Pemuda UMNO Bahagian.

12.10.6     Ketua Penerangan (Pemuda):-

Bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan kewangan Pemuda UMNO Bahagian.

12.11      Jika dua pertiga atau lebih bilangan Ahli-ahli Jawatankuasa meletakkan jawatan mereka maka Jawatankuasa UMNO Bahagian bolehlah mengadakan Mesyuarat Perwakilan Khas Pemuda UMNO Bahagian untuk memilih Jawatankuasa Pemuda yang baru dan Jawatankuasa UMNO Bahagian bolehlah menentukan tempoh perkhidmatannya.

12.12      Sekiranya seseorang Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian tidak lagi memegang jawatannya atasa apa-apa juga sebab sekalipun maka Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian tidak berkuasa melantik gantinya kecuali Ahli yang dilantik di mana Ketua Pemuda UMNO Bahagian berkuasa melantik gantinya.

 

FASAL 13       PEJABAT SETIAUSAHA PEMUDA UMNO BAHAGIAN

Pejabat Setiausaha UMNO Bahagian adalah juga menjadi Pejabat Setiausaha Pemuda UMNO Bahagian.

 

FASAL 14       MESYUARAT PERWAKILAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN

14.1          Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian hendaklah diadakan setahun sekali dan lebih dahulu daripada Mesyuarat Perwakilan Tahunan UMNO Bahagian.

14.2          Sebarang Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian hendaklah mengandungi Ahli-ahli sebagaimana yang berikut:-

14.2.1   Pengerusi Tetap Pemuda dan Timbalan Pengerusi Tetap.

14.2.2   Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian.

14.2.3   Ketua-ketua Pemuda Cawangan. Sekiranya ia menjadi Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian, maka bolehlah ia melantik gantinya yang terdiri daripada Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi