tr>

PERATURAN PERGERAKAN PUTERI UMNO

KANDUNGAN

 

                                                                                                    Muka

Fasal 1        Darihal Peraturan Ini                                                           1

Fasal 2         Nama                                                                               1

Fasal 3         Tujuan-tujuan                                                                   1

Fasal 4         Keahlian Dan Had Umur Memegang Jawatan                             1

Fasal 5         Jawatankuasa Puteri UMNO Malaysia                                   2

Fasal 6         Mesyuarat Jawatankuasa                                                     6

Fasal 7         Tugas-tugas Dan Tanggungjawab                                          7

Fasal 8          Pejabat Setiausaha Puteri UMNO Malaysia                            7

Fasal 9          Perhimpunan Agung Puteri UMNO Malaysia                            7

Fasal 10        Perhimpunan Agung Khas Puteri UMNO Malaysia                      9

Fasal 11        Badan Perhubungan Puteri UMNO                                           10

Fasal 12        Jawatankuasa Puteri UMNO Bahagian                                      15

Fasal 13        Pejabat Setiausaha Puteri UMNO Bahagian                               20

Fasal 14        Mesyuarat Perwakilan Puteri UMNO Bahagian                            20

Fasal 15        Mesyuarat Perwakilan Khas Puteri UMNO Bahagian                     22

Fasal 16        Penubuhan Puteri UMNO Bahagian                                          22

Fasal 17        Jawatankuasa Puteri UMNO Cawangan                                    23

Fasal 18        Pejabat Setiausaha Puteri UMNO Cawangan                             27

Fasal 19        Persidangan Puteri UMNO Cawangan                                       27

Fasal 20        Persidangan Khas Puteri UMNO Cawangan                                29

Fasal 21        Kewangan Dan Harta                                                           30

Fasal 22        Kesempurnaan Peraturan Ini                                                  30

Fasal 23        Tafsiran                                                                            30

Fasal 24        Peraturan-Peraturan Mesyuarat                                             31

Fasal 25        Tarikh Dijalankan Peraturan Ini                                              31

 

   

 

FASAL 1         DARIHAL PERATURAN INI

Menurut Fasal 21 Perlembagaan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu, bahawa Majlis Tertinggi UMNO berkuasa membuat Peraturan ini yang dinamakan “Peraturan Puteri UMNO”.

 

FASAL 2         NAMA

Pergerakan ini adalah dinamakan “Puteri UMNO”.

 

FASAL 3         TUJUAN-TUJUAN

                   Tujuan-tujuan Puteri UMNO ialah :-

3.1        Menggalakkan Ahli-ahlinya mengambil bahagian aktif dalam lapangan agama, politik, pendidikan khasnya urusan

3.2        Menganjurkan dan mengadakan latihan kepimpinan dan lain-lain latihan bagi mencapai tujuan-tujuan di atas.

3.3        Bekerjasama dengan badan-badan lain yang dipersetujui oleh Majlis Tertinggi UMNO.

 

FASAL 4         KEAHLIAN DAN HAD UMUR MEMEGANG JAWATAN

4.1              Kelayakan menjadi ahli :

4.1.1       Puteri UMNO adalah terbuka kepada wanita-wanita yang berumur tiga puluh lima (35) tahun ke bawah yang dikira pada 1hb Januari tahun berkenaan dan belum lagi menjadi Ahli Wanita UMNO.

4.1.2       Seseorang Ahli Puteri akan menjadi Ahli Puteri di dalam Cawangan UMNO di mana ia berdaftar menjadi Ahli Biasa UMNO.

4.1.3       Seseorang Ahli tidak boleh menjadi Ahli Puteri lebih dari satu Cawangan.

4.1.4       Seseorang tidak lagi menjadi Ahli Puteri dengan ia menjadi Ahli Wanita UMNO atau berhentinya ia daripada menjadi ahli UMNO.

4.1.5       Mana-mana Ahli Puteri yang telah memilih menjadi Ahli Wanita UMNO tidak boleh menjadi Ahli Puteri semula melainkan ia pindah menjadi Ahli Puteri ketika Puteri UMNO di dalam peringkat penajaan.

4.2              Had Umur dan Tempoh memegang apa-apa jawatan di dalam Puteri UMNO:-

4.2.1       Ketua Puteri UMNO Malaysia :-

4.2.1.1 Had tempoh umur untuk jawatan Ketua Puteri UMNO Malaysia adalah sehingga telah mencapai umur empat puluh (40) tahun.

4.2.1.2 Sekiranya penjawat itu telah mencapai had umur lebih empat puluh (40) tahun tetapi belum tamat tempoh pemilihannya untuk penggal pemilihan Majlis Tertinggi itu, beliau bolehlah meneruskan khidmatnya sehingga tamat pemilihannya untuk penggal pemilihan Majlis Tertinggi itu sahaja.

4.2.2       Ketua Puteri UMNO Badan Perhubungan Negeri, Bahagian dan Cawangan :-

4.2.2.1 Had tempoh umur untuk jawatan Ketua Puteri UMNO Badan Perhubungan Negeri, Bahagian dan Cawangan adalah sehingga telah mencapai umur tiga puluh lima (35) tahun.

4.2.2.2 Sekiranya penjawat itu telah mencapai had umur lebih tiga puluh lima (35) tahun tetapi belum tamat tempoh pemilihannya untuk penggal pemilihan Majlis Tertinggi itu, beliau bolehlah meneruskan khidmatnya sehingga tamat pemilihan Majlis Tertinggi itu sahaja.

4.2.3       Jawatan-jawatan lain sama ada di Peringkat Puteri UMNO Malaysia , Negeri, Bahagian dan Cawangan.

4.2.3.1             Had tempoh umur untuk jawatan-jawatan lain seperti di atas adalah sehingga telah mencapai umur tiga puluh lima (35) tahun melainkan mereka meminta berhenti atau diberhentikan.

4.2.3.2             Sekiranya penjawat-penjawat tersebut telah mencapai had umur lebih tiga puluh lima (35) tahun tetapi belum tamat tempoh pemilihan mereka untuk pemilihan Majlis Tertinggi itu, mereka bolehlah meneruskan khidmat mereka sehingga tamat tempoh pemilihan mereka untuk penggal pemilihan Majlis Tertinggi itu sahaja.

 

FASAL 5         JAWATANKUASA PUTERI UMNO MALAYSIA

5.1        Sesebuah Jawatankuasa Puteri UMNO Malaysia hendaklah diadakan dengan mengandungi Ahli-ahli seperti berikut:-

5.1.1             Ketua

5.1.2             Naib Ketua

5.1.3             Setiausaha Agung UMNO Malaysia

5.1.4             Setiausaha Puteri

5.1.5             Bendahari Puteri

5.1.6             Ketua Penerangan Puteri

5.1.7             Tidak lebih dari 20 orang Ahli Jawatankuasa Puteri yang dipilih oleh Perhimpunan Agung Puteri UMNO.

5.1.8             Tidak lebih dari 5 orang Ahli Puteri yang dilantik oleh Ketua Puteri UMNO.

5.2              Ketua Puteri hendaklah dipilih oleh Perhimpunan Agung Puteri tiap-tiap tiga tahun sekali dan akan menjadi Naib Presiden UMNO Malaysia menurut Perlembagaan UMNO Fasal 9.2.4.

5.3              Naib Ketua Puteri dan dua puluh (20) orang Ahli Jawatankuasa Puteri UMNO Malaysia hendaklah dipilih oleh Perhimpunan Agung Puteri mengikut tempoh pemilihan Majlis Tertinggi.

5.4              Setiausaha Puteri, Bendahari Puteri, Ketua Penerangan Puteri dan lima (5) orang Ahli Jawatankuasa Puteri boleh dilantik oleh Ketua Puteri dan disahkan oleh Presiden dan akan memegang jawatan mereka meminta berhenti atau diberhentikan oleh Ketua Puteri.

5.5              Calon-calon yang bertanding untuk memegang sebarang jawatan Ahli Jawatankuasa Wanita UMNO Malaysia hendaklah dinamakan oleh sekurang-kurangnya dua (2) bahagian.

5.6              Jika dua pertiga atau lebih bilangan Ahli-ahli Jawatankuasa Puteri berhenti maka Jawatankuasa itu dianggap telah bubar dan Majlis Tertinggi bolehlah mengadakan Perhimpunan Agung Khas Puteri UMNO Malaysia bagi menubuhkan semula Jawatankuasa Puteri UMNO dan Majlis Tertinggi berkuasa menentukan tempoh perkhidmatan Jawatankuasa yang baru dipilih itu.

5.7              Sekiranya seseorang Ahli Jawatankusa Puteri tiada lagi memegang jawatannya atas apa-apa sebab sekalipun maka Jawatankuasa Puteri UMNO Malaysia tidak berkuasa melantik gantinya kecuali Ahli-ahli Jawatankuasa yang dilantik menurut Fasal 5.1.4, 5.1.5, 5.1.6 dan 5.1.8 Peraturan ini yang mana Ketua Puteri UMNO Malaysia berkuasa melantik gantinya.

5.8              Pegawai-pegawai Jawatankuasa Puteri UMNO Malaysia ialah :

5.8.1       Ketua Puteri

5.8.2       Naib Ketua Puteri

5.8.3       Setiausaha Agung

5.8.4       Setiausaha Puteri

5.8.5       Bendahari Puteri

5.8.6       Ketua Penerangan Puteri

5.9              Tugas-tugas pegawai dalam Jawatankuasa Puteri UMNO Malaysia ialah :-

5.10.1 Ketua Puteri UMNO Malaysia :

5.9.1.1             Membantu tugas-tugas Presiden UMNO Malaysia.

5.9.1.2             Menjadi pemimpin utama kepada Puteri UMNO dan bertanggungjawab menjaga kesempurnaan.

5.9.1.3             Melantik Setiausaha Puteri, Bendahari Puteri, Ketua Penerangan Puteri dan Ketua Puteri Badan Perhubungan UMNO Negeri dan Wilayah Persekutuan.

5.9.1.4             Memanggil dan mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Puteri UMNO Malaysia.

5.9.2       Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia :-

5.9.2.1 Membantu tugas-tugas Ketua Puteri UMNO Malaysia.

5.9.2.2 Mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Puteri UMNO Malaysia apabila Ketua Puteri UMNO Malaysia. tidak hadir.

5.9.3       Setiausaha Agung UMNO Malaysia :-

Menerima maklum dan memberi garis panduan mengenai perjalanan Puteri UMNO yang dirujukkan oleh Setiausaha Puteri.

5.9.4       Setiausaha Puteri UMNO Malaysia :

5.9.4.1             Bertanggungjawab kepada Ketua Puteri UMNO Malaysia dan Setiausaha Agung UMNO Malaysia.

5.9.4.2 Bertanggungjawab atas kesempurnaan mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Puteri UMNO Malaysia dan Perhimpunan Agung Puteri serta menyelaras dengan Puteri UMNO Malaysia dan Perhimpunan Agung Puteri serta menyelaras dengan Puteri UMNO Negeri dan Puteri UMNO Bahagian.

5.9.4.3             Menyediakan Penyata Tahunan dan Peringatan Perhimpunan Agung Puteri UMNO Malaysia yang menerangkan pekerjaan dan kemajuan dalam masa setahun yang lalu.

5.9.5   Bendahari Puteri UMNO Malaysia :-

5.9.5.1     Bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan kewangan Puteri UMNO Malaysia.

5.9.5.2     Menyediakan anggaran pendapatan dan perbelanjaan tahunan kepada Jawatankuasa Puteri UMNO Malaysia.

5.9.5       Ketua Penerangan Puteri UMNO Malaysia :-

Bertanggungjawab atas kesempurnaan kegiatan penerangan Puteri UMNO Malaysia dan melaporkannya kepada Jawatankuasa Puteri UMNO Malaysia.

 

FASAL 6         MESYUARAT JAWATANKUASA

6.1              Jawatankuasa Puteri UMNO Malaysia hendaklah bersidang sekurang-kurangnya 2 bulan sekali atau pada sebarang masa yang dikehendaki oleh Ketua Puteri UMNO Malaysia.

6.2              Satu perdua daripada Ahli Jawatankuasa itu adalah menjadi cukup bilangan bagi menjalankan mesyuarat Jawatankuasa.

6.3              Sebarang mesyuarat Jawatankuasa hendaklah dipengerusikan oleh Ketua atau Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia dan sekiranya mereka tidak hadir bolehlah mesyuarat memilih salah seorang daripada Ahli Jawatankuasa yang hadir menjadi Pengerusi.

 

FASAL 7         TUGAS-TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB    

Tugas-tugas dan tanggungjawab Jawatankuasa Puteri UMNO Malaysia ialah :-

7.1              Berikhtiar dan berusaha melaksanakan tujuan-tujuan yang terkandung dalam Fasal 3 Peraturan ini.

7.2              Menjalankan arahan-arahan daripada Majlis Tertinggi.

7.3              Berikhtiar dan berusaha mencari derma-derma untuk kemajuan Puteri UMNO dengan persetujuan Majlis Tertinggi atau Presiden UMNO.

 

FASAL 8         PEJABAT SETIAUSAHA PUTERI UMNO MALAYSIA

Pejabat Setiausaha Agung UMNO Malaysia adalah juga Pejabat Setiausaha Puteri UMNO Malaysia.

 

FASAL 9         PERHIMPUNAN AGUNG PUTERI UMNO MALAYSIA

9.1              Perhimpunan Agung Tahunan Puteri UMNO Malaysia hendaklah diadakan setahun sekali dan lebih dari Perhimpunan Agung UMNO Malaysia.

9.2              Sebarang Perhimpunan Agung Puteri UMNO hendaklah mengandungi Ahli-ahli sebagaimana yang berikut:-

9.2.1       Pengerusi Tetap Puteri UMNO Malaysia dan Timbalan Pengerusi Tetap Puteri UMNO Malaysia.

9.2.2       Jawatankuasa Puteri UMNO Malaysia .

9.2.3       Ketua dan Naib Ketua Puteri Bahagian-bahagian yang telah mengadakan Perwakilannya. Jika mereka menjadi Ahli Jawatankuasa Puteri UMNO Malaysia, maka bolehlah melantik gantinya yang terdiri daripada Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap atau Ahli Jawatankuasa Puteri UMNO Bahagiannya.

9.2.4       Dua (2) orang wakil yang dipilih oleh Mesyuarat Perwakilan Puteri UMNO dari tiap-tiap Bahagian Puteri UMNO. Mana-mana wakil yang tidak dapat hadir tidak boleh melantik gantinya.

9.2.5       Tidak lebih dari tiga (3) orang wakil Majlis Tertinggi.

9.3              Semua Ahli-ahli Perwakilan Perhimpunan Agung Puteri UMNO Malaysia di bawah Fasal 9.2.4 Peraturan ini hendaklah membawa surat tauliah dari Ketua Puteri UMNO Bahagian atau Setiausaha Puteri UMNO Bahagian masing-masing.

9.4              Perhimpunan Agung Puteri UMNO Malaysia hendaklah

memilih :-

9.4.1       Pengerusi Tetap Puteri UMNO Malaysia dan Timbalan Pengerusi Tetap Wanita.

9.4.2       Seorang Ketua Wanita mengikut Fasal 5.2 Peraturan ini.

9.4.3       Naib Ketua dan Jawatankuasa Wanita mengikut Fasal 5.3 Peraturan ini.

9.4.4       Sepuluh (10) orang Perwakilan/Pemerhati Khas ke Perhimpunan Agung UMNO Malaysia.

9.5              Semua keputusan Perhimpunan Agung Puteri UMNO hendaklah terlebih dahulu dirujukkan kepada Majlis Tertinggi.

9.6              Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap Perhimpunan Agung Puteri UMNO Malaysia hendaklah dipilih pada tiap-tiap tahun sekali dalam Perhimpunan Tahunannya dari kalangan Ahli Puteri UMNO. Pengerusi Tetap atau Timbalan Pengerusi Tetap ini hendaklah menjadi Pengerusi di dalam sebarang Perhimpunan Agung Puteri UMNO Malaysia maka berkuasalah Perhimpunan itu mengangkat seorang daripada Ahli-ahli Perwakilan yang hadir menjadi Pengerusi bagi Perhimpunan itu sahaja.

 

FASAL 10       PERHIMPUNAN AGUNG KHAS PUTERI UMNO MALAYSIA

10.1          Perhimpunan Agung Khas Puteri UMNO Malaysia yang mempunyai cara perwakilan yang sama dengan Perhimpunan Agung Puteri UMNO Malaysia bolehlah diadakan pada bila-bila masa mengikut salah satu syarat yang berikut:-

10.1.1   Dengan kehendak Majlis Tertinggi.

10.1.2   Dengan permintaan bertulis dua pertiga daripada jawatankuasa Puteri UMNO Malaysia dan dengan kebenaran Majlis Tertinggi.

10.1.3   Dengan permintaan bertulis oleh sekurang-kurangnya satu perdua daripada jumlah semua Bahagian-bahagian Puteri UMNO dengan syarat Bahagian-bahagian Puteri UMNO itu telah mengadakan mesyuarat Perwakilan Khas atas masalah yang sama.

 

FASAL 11       BADAN PERHUBUNGAN PUTERI UMNO

11.1          Badan Perhubungan Puteri UMNO bolehlah ditubuhkan di tiap-tiap Negeri dan Wilayah Persekutuan yang mempunyai lebih dari satu Bahagian Puteri UMNO dengan mempunyai tugas-tugas dan tanggungjawab yang tertentu untuk mentadbirkan perjalanan Bahagian-bahagian Puteri UMNO yang ada di dalam sesebuah Negeri dan Wilayah Persekutuan.

11.2          Badan Perhubungan Puteri UMNO hendaklah terdiri daripada:-

11.2.1   Ketua

11.2.2   Naib Ketua

11.2.3   Setiausaha Badan Perhubungan UMNO

11.2.4   Setiausaha Puteri

11.2.5   Bendahari Puteri

11.2.6   Ketua Penerangan Puteri; dan

11.2.7   Ketua-ketua Puteri UMNO Bahagian-bahagian. Naib Ketua Puteri UMNO Bahagian berhak mengambil tempat Ketua Puteri UMNO Bahagian di Mesyuarat Jawatankuasa Badan Perhubungan Puteri UMNO Negeri jika Ketua Puteri UMNO Bahagian tidak hadir.

11.3          Ketua dan Naib Ketua hendaklah dilantik oleh Ketua Puteri UMNO Malaysia, selepas pemilih Perhimpunan Agung Puteri UMNO Malaysia atau pemilihan mesyuarat Perwakilan Puteri UMNO Bahagian.

11.4          Setiausaha Badan Perhubungan UMNO adalah dengan sendirinya menjadi Setiausaha Badan Perhubungan Puteri UMNO.

11.5          Setiausaha Puteri; Bendahari Puteri dan Ketua Penerangan Puteri UMNO Negeri hendaklah dilantik oleh Ketua Badan Perhubungan Puteri UMNO dan akan memegang jawatan masing-masing sehingga dilantik Badan Perhubungan Puteri UMNO yang baru atau mereka meminta berhenti atau diberhentikan dengan apa jua sebab sekalipun oleh Ketua dan mereka boleh digantikan oleh Ketua itu.

11.6          Badan Perhubungan Puteri UMNO hendaklah bersidang sekurang-kurangnya sekali dalam masa 2 bulan atau pada bila-bila-bila masa yang dikehendaki oleh Ketuanya atau Ketua Puteri UMNO Malaysia ataupun dengan permintaan bersurat dari atu pertiga daripada bilangan Ahli-ahlinya.

11.7          Satu perdua daripada bilangan Ahli-ahli Jawatankuasa Puteri UMNO Negeri adalah menjadi cukup bilangan bagi menjalankan mesyuarat.

11.8          Sebarang mesyuarat Badan Perhubungan Puteri UMNO hendaklah dipengerusikan oleh Ketua Puteri UMNO atau Naib Ketua Puteri UMNO Negeri  dan sekiranya mereka tidak hadir maka bolehlah Ahli-ahli yang hadir memilih salah seorang Ahli Jawatankuasa menjadi Pengerusi Mesyuarat.

11.9          Pegawai-pegawai Badan Perhubungan Wanita UMNO ialah:-

11.9.1   Ketua Puteri

11.9.2   Naib Ketua Puteri

11.9.3   Setiausaha Badan Perhubungan UMNO

11.9.4   Setiausaha Puteri

11.9.5   Bendahari Puteri dan

11.9.6   Ketua Penerangan Puteri

11.10      Tugas-tugas pegawai dalam Badan Perhubungan Puteri UMNO Negeri :-

11.10.1Ketua Puteri :-

                   11.10.1.1     Membantu tugas-tugas Pengerusi Badan

                                    Perhubungan UMNO Negeri.

  11.10.1.2     Melantik Setiausaha Puteri, Bendahari Puteri dan Ketua Penerangan Puteri.

  11.10.1.3     Memanggil dan mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan Puteri UMNO Negeri.

11.10.2.4    Menjadi wakil/ex-officio ke Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Negeri.

11.10.2 Naib Ketua Puteri UMNO Negeri :-

11.10.2.1    Membantu tugas-tugas Ketua Puteri UMNO Negeri.

11.10.2.2    Mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat Badan Perhubungan Puteri UMNO Negeri apabila Ketua Puteri UMNO Negeri tidak hadir.

11.10.2.3    Menjadi wakil/ex-officio ke Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Negeri.

11.10.3 Setiausaha Badan Perhubungan:-

 11.10.3.1      Menerima maklum dan memberi garis  panduan mengenai perjalanan Badan Perhubungan Puteri UMNO yang dirujukkan oleh Setiausaha Puteri UMNO.

11.10.3.2       Menyelia kesempurnaan mesyuarat-mesyuarat Badan Perhubungan Puteri UMNO.

11.10.4  Setiausaha Puteri:-

11.10.4.1 Bertanggungjawab kepada Ketua Puteri dan   Setiausaha Badan Perhubungan UMNO.

11.10.4.2 Bertanggungjawab atas kesempurnaan mesyuarat-mesyuarat Badan Perhubungan Puteri UMNO Negeri.

11.10.4.3 Memanggil mesyuarat Badan Perhubungan Puteri UMNO Negeri.

11.10.5 Bendahari Puteri:-

Bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan kewangan Badan Perhubungan Puteri UMNO.

11.10.6 Ketua Penerangan Puteri UMNO Negeri :-

Bertanggungjawab atas kesempurnaan kegiatan penerangan Badan Perhubungan Puteri UMNO dan melaporkannya kepada badan Badan Perhubungan Puteri UMNO Negeri.

11.11 Tugas-tugas dan tanggungjawab Badan Perhubungan Puteri UMNO Negeri ialah :-

11.11.1 Bekerjasama dengan Badan Perhubungan UMNO Negeri dan mengatur serta menyesuaikan perjalanan Bahagian-bahagian Puteri UMNO dalam sesebuah negeri itu.

11.11.2 Menjadi badan perantaraan di antara Jawatankuasa Puteri UMNO Malaysia dengan Puteri UMNO Bahagian atas perkara-perkara yang ditugaskan kepadanya.

11.11.3 Dengan persetujuan Badan Perhubungan UMNO Negeri, mencari sumber-sumber kewangan untuk kemajuan Puteri UMNO Negeri.

11.11.4 Menyampai dan menjalankan arahan-arahan yang diterima daripada Puteri UMNO Malaysia dan Badan Perhubungan UMNO kepada Bahagian-bahagian Puteri UMNO dalam Negeri itu.

11.11.5 Bekerjasama dengan Badan Perhubungan UMNO dalam  serba lapangan yang dikehendaki.

11.12 Pejabat Setiausaha Badan Perhubungan UMNO adalah menjadi Pejabat Setiausaha Badan Perhubungan Wanita UMNO.

 

FASAL 12       JAWATANKUASA PUTERI UMNO BAHAGIAN

12.1          Puteri UMNO Bahagian boleh ditubuhkan oleh Jawatankuasa UMNO Bahagian di tiap-tiap Bahagian.

12.2          Tugas dan tanggungjawab sesebuah Jawatankuasa Puteri UMNO Bahagian itu adalah tertakluk di bawah Perlembagaan UMNO dan Peraturan ini.

12.3          Jawatankuasa Puteri UMNO Bahagian hendaklah diadakan dengan mengandungi Ahli-ahli seperti berikut :-

12.3.1   Ketua Puteri UMNO Bahagian

12.3.2   Naib Ketua Puteri UMNO Bahagian

12.3.3   Setiausaha UMNO Bahagian

12.3.4   Setiausaha Puteri UMNO Bahagian

12.3.5   Bendahari Puteri UMNO Bahagian

12.3.6   Ketua Penerangan Puteri UMNO Bahagian

12.3.7   Tidak lebih dari lima belas (15) orang Ahli Jawatankuasa Puteri yang dipilih oleh Mesyuarat Perwakilan Puteri UMNO Bahagian.

12.3.8   Tidak lebih dari tiga (3)  orang Ahli Puteri yang dilantik oleh Ketua Puteri UMNO Bahagian.

12.4          Ketua Puteri, Naib Ketua dan lima belas (15) orang Ahli Jawatankuasa Puteri Bahagian hendaklah dipilih oleh Mesyuarat Perwakilan Puteri UMNO Bahagian mengikut tempoh pemilihan Majlis Tertinggi.

12.5          Setiausaha Puteri UMNO Bahagian adalah dengan sendirinya menjadi Setiausaha Puteri UMNO Bahagian.

12.6          Calon-calon yang bertanding bagi memegang jawatan di dalam Jawatankuasa Puteri UMNO Bahagian hendaklah dinamakan oleh sekurang-kurangnya (2) Cawangan.

                   12.8    Jika Ketua Puteri UMNO Bahagian berhenti atau diberhentikan

maka Naib Ketua akan memangku jawatan itu dan jika Pemangku Ketua berhenti atau diberhentikan maka Jawatankuasa bolehlah melantik salah seorang Ahli Jawatankuasa untuk memangku jawatan itu sehingga diadakan Mesyuarat Perwakilan Puteri UMNO Bahagian menurut Fasal 14.3 Peraturan ini.

12.9    Pegawai-pegawai Jawatankuasa Puteri UMNO Bahagian ialah :

12.9.1   Ketua Puteri UMNO Bahagian

12.9.2   Naib Ketua Puteri UMNO Bahagian

12.9.3   Setiausaha UMNO Bahagian

12.9.4   Setiausaha Puteri UMNO Bahagian

12.9.5   Bendahari Puteri UMNO Bahagian

12.9.6   Ketua Penerangan Puteri UMNO Bahagian

12.10      Tugas-tugas pegawai dalam Jawatankuasa Wanita UMNO Bahagian.

12.10.1 Ketua Puteri UMNO Bahagian ialah :-

12.10.1.1           Membantu tugas-tugas Ketua UMNO Bahagian.

12.10.1.2           Melantik Setiausaha Puteri UMNO Bahagian, Bendahari Puteri UMNO Bahagian dan Ketua Penerangan Puteri UMNO Bahagian.

12.10.1.3           Melantik tiga (3) orang Ahli Jawatankuasa Puteri UMNO Bahagian Mengikut Fasal 12.3.8 Peraturan ini.

12.10.1.4           Memanggil dan mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Puteri UMNO Bahagian.

12.10.2     Naib Ketua Puteri UMNO Bahagian :-

12.10.2.1           Membantu tugas-tugas Ketua Puteri UMNO Bahagian.

12.10.2.2           Mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Puteri UMNO Bahagian apabila Ketua Puteri UMNO Bahagian tidak hadir.

12.10.3     Setiausaha UMNO Bahagian:-

12.10.3.1           Menerima maklum dan memberi garis panduan mengenai perjalanan Wanita UMNO Bahagian yang dirujukkan oleh Penolong Setiausaha (Wanita) UMNO Bahagian.

12.10.3.2           Menyelia kesempurnaan mesyuarat-mesyuarat Badan Perhubungan Puteri UMNO.

12.10.4     Setiausaha Puteri UMNO Bahagian:-

12.10.4.1           Bertanggungjawab kepada Ketua Puteri UMNO Bahagian dan Setiausaha UMNO Bahagian.

12.10.4.2           Bertanggungjawab atas kesempurnaan mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Puteri UMNO Bahagian.

12.10.4.3           Menyediakan Penyata Tahunan dan Peringatan Mesyuarat Perwakilan Puteri UMNO Bahagian.

12.10.5     Bendahari Puteri UMNO :-

Bertanggungjawab atas kesempurnaan mesyuarat perjalanan kewangan Puteri UMNO Bahagian.

12.10.6     Ketua Penerangan Puteri UMNO Bahagian:-

Bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan kewangan Wanita UMNO Bahagian.

12.11      Jika dua pertiga atau lebih bilangan Ahli-ahli Jawatankuasa Puteri UMNO Bahagian meletakkan jawatan mereka, maka Jawatankuasa Puteri UMNO Bahagian bolehlah mengadakan Mesyuarat Perwakilan Khas Puteri UMNO Bahagian untuk memilih Jawatankuasa Puteri  yang baru dan Jawatankuasa UMNO Bahagian bolehlah menentukan tempoh perkhidmatannya.

12.12