|
PERATURAN PERSIDANGAN PERHIMPUNAN AGUNG |
KANDUNGAN MUKA 1. HURAIAN 1 2. KUASA PERATURAN 5 3. PEMILIHAN PENGERUSI 5 4. PERSIDANGAN 7 5. TEMPAT DAN MASA PERSIDANGAN 7 6. NOTIS PERSIDANGAN 8 7. PERSIDANGAN SEMULA 9 8. HAK MENGHADIRI PERSIDANGAN 10 9. ATURAN URUSAN PERSIDANGAN 12 10. PEMBERITAHU USUL 13 11. CUKUP BILANG 13 12. 13. PEMERHATI KE MESYURAT PERWAKILAN BAHAGIAN DAN PERSIDANGAN CAWANGAN 15 14. AGENDA PERSIDANGAN 16 15. PERINGATAN PERSIDANGAN 17 16. TANGGUHAN PERSIDANGAN 17 17. MENANGGUHKAN PERSIDANGAN KERANA MEMBAHAS PERKARA MUSTAHAK 17 18. USUL-USUL 18 19. USUL TERGEMPAR 18 20. PINDAAN USUL 20 21. MENYOKONG USUL DAN PINDAAN 21 22. PINDAAN USUL DENGAN BERTULIS 21 23. MENARIK BALIK USUL 21 24. PERKARA-PERKARA YANG DITEGAH 21 25. KUASA PENGERUSI 23 26. MEMBERHENTIKAN PERSIDANGAN 24 27. MEMUTUSKAN MASALAH PENGUNDIAN 24 28. KAEDAH PENCALONAN DAN PENGUNDIAN 25 A.pencalonan 25 B.Pengundian 27 29. BERSIDANG SECARA JAWATANKUASA 28 30. MENGANGKAT JAWATANKUASA PILIHAN 29 31. MEMBERHENTIKAN SEMENTARA KUATKUASA PERATURAN 29 32. PAKAIAN 30 33. AHLI/PEGAWAI KERAJAAN KUMPULAN A 30 34. MEMINDA PERATURAN 30 1. HURAIAN Bagi penggunaan dan kehendak Peraturan Persidangan adalah :- 1.1 “UMNO” bermakna PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU 1.2 “PERATURAN” “ Peraturan Persidangan. 1.3 “PENCADANG” “ Ahli yang menyokong sebarang cadangan. 1.4 “PENYOKONG” “ Ahli yang menyokong sebarang cadangan. 1.5 “PENGERUSI” “ Pengerusi Tetap Perhimpunan Agung UMNO. 1.6 “TIMBALAN PENGERUSI” “ Timbalan Pengerusi Tetap Perhimpunan Agung UMNO. 1.7 “PRESIDEN” “ Presiden UMNO. 1.8 “AHLI MAJLIS TERTINGGI” “ Ahli Majlis Tertinggi UMNO. 1.9 “SETIAUSAHA” “ Setiausaha Agung UMNO. 1.10 “WAKIL” “ Seorang Ahli Perhimpunan Agung UMNO. 1.11 “AHLI” “ Seorang Ahli Perhimpunan Agung UMNO. 1.12 “PERSIDANGAN” “ Perhimpunan Agung UMNO. 1.13 “PERINGATAN” “ Peringatan Persidangan Perhimpunan Agung. Apabila Peraturan ini dipakai di peringkat UMNO Bahagian maka perkataan-perkataan yang tertentu mulai 1.5 sehingga 1.13 di atas didalam Peraturan ini hendaklah sebagaimana di bawah ini :- “PENGERUSI” dimaksudkan Pengerusi Tetap Perwakilan Bahagian. “TIMBALAN PENGERUSI” “ Pengerusi Tetap Perwakilan Bahagian. “PRESIDEN” “ Ketua Bahagian “AHLI MAJLIS TERTINGGI” “ Ahli Jawatankuasa Bahagian. “SETIAUSAHA” “ Setiausaha Bahagian. “WAKIL” “ Seorang yang dipilih menjadi Ahli Perwakilan Bahagian. “AHLI” “ Seorang ahli dalam Perwakilan Bahagian. “PERSIDANGAN” “ Perwakilan Bahagian. “PERINGATAN” “ Peringatan Persidangan Perwakilan Bahagian. Apabila peraturan ini dipakai di peringkat UMNO Cawangan maka perkataan-perkataan yang tertentu mulai 1.5 sehingga 1.13 di atas yang di dalam Peraturan ini hendaklah dimaksudkan sebgaimana di bawah ini:- “PENGERUSI” “ Pengerusi Tetap Persidangan Cawangan. “TIMBALAN PENGERUSI” “ Timbalan Pengerusi Tetap Persidangan Cawangan. “PRESIDEN” “ Ketua Cawangan. “AHLI MAJLIS TERTINGGI” “ Ahli Jawatankuasa Cawangan. “SETIAUSAHA” “ Setiausaha Cawangan. “WAKIL” “ Ahli-Ahli Cawangan. “AHLI” “ Ahli Persidangan Cawangan. “PERSIDANGAN” “ Persidangan Cawangan. “PERINGATAN” “ Peringatan Persidangan Cawangan. 2. KUASA PERATURAN. 2.1 Pekerjaan dan tertib menjalankan Persidangan hendaklah menurut Peraturan ini. Jika berbangkit sebarang masalah, maka Pengerusi berkuasa membuat keputusan dan keputusannya itu muktamad. 2.2 Jika Persidangan atau mana-mana mesyuarat jawatankuasanya didapati gagal mematuhi Peraturan Persidangan maka ini hendaklah dikira sebagai suatu perkara luar aturan dan ianya tidaklah boleh membatalkan perjalanan Persidangan atau keputusan yang telah dibuatnya. 3. PEMILIHAN PENGERUSI 3.1 Pengerusi dan Timbalan Pengerusi hendaklah dipilih tiap-tiap (3) tahun sekali dalam Persidangan Tahunan untuk Perhimpunan Agung, tiap-tiap tiga (3) tahun sekali untuk Perwakilan Bahagian dan tiap-tiap (3) tahun sekali untuk Persidangan Cawangan. Bagi peringkat Bahagian dan Cawangan, Pengerusi dan Timbalan Pengerusi itu hendaklah terdiri daripada ahli-ahli UMNO dalam Bahgaian dan Cawangan itu sendiri. Pemilihan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi hendaklah dijalankan dengan undi sulit tetapi di peringkat Cawangan boleh di buat dengan cara undi sulit atau mengangkat tangan mengikut kehendak Persidangan. 3.2 Perhimpunan Agung di dalam persidangannya berkuasa memberhentikan Pengerusi atau Timbalan Pengerusi dengan persetujuan sekurang-kurangnya dua pertiga (2/3) daripada bilangan ahli yang hadir dan berkuasa memilih gantinya. 3.3 Pengerusi yang dipilih di bawah Peraturan 3.1 di atas ini hendaklah menjadi Pengerusi dalam persidangan melainkan jika Pengerusi itu tidak hadir maka Timbalan Pengerusi hendaklah mengambil tempatnya atau pun bolehlah mereka bergilir-gilir mempengerusikan mesyuarat yang sama dan sekiranya kedua-dua Pengerusi dan Timbalan Pengerusi tidak hadir maka Setiausaha berkuasa menjalankan persidangan bagi memilih seorang daripada ahli persidangan menjadi Pengerusi bagi persidangan itu sahaja dan pengerusi itu tidaklah hilang hak asalnya untuk mengundi sebagai seorang wakil Persidangan. 3.4 Jika kedua-dua Pengerusi dan Timbalan Pengerusi berhenti serentak maka Setiausaha hendaklah menjalankan persidangan itu bagi memilih Pengerusi dan Timbalan Pengerusi yang baru. Kedua-duanya akan memegang jawatan itu selama tempoh yang ditetapkan dalam Peraturan 3.1 di atas. Jika salah seorang daripadanya brhenti maka Persidangan hendaklah memilih gantinya. 4. PERSIDANGAN 4.1 Persidangan Perhimpunan Agung, mesyuarat Perwakilan Bahagian dan Persidangan Tahunan Cawangan hendaklah diadakan menurut Perlembagaan UMNO. 4.2 Bahasa yang digunakan dalam Persidangan ialah Bahasa 5. TEMPAT DAN MASA PERSIDANGAN 5.1 Persidangan Perhimpunan Agung hendaklah dimulakan pada hari dan waktu di tempat yang ditentukan oleh Majlis Tertingggi. 5.2 Mesyuarat Perwakilan Bahagian hendaklah diadakan pada satu tempat dalam Bahagian yang berkenaan, tetapi jika tidak ada kemudahan di situ maka kebenaran boleh diberi oleh Majlis Tertinggi untuk mengadakan perwakilan di luar Bahagian. 5.3 Persidangan Cawangan hendaklah diadakan di satu tempat yang berkecuali dalam Cawangan berkenaan, melainkan jika tidak ada kemudahan di situ maka Persidangan bolehlah diadakan di mana-mana tempat yang munasabah termasuk di luar Cawangan setelah berunding dengan Bahagian. 5.4 Tarikh Perhimpunan Agung dan Perwakilan Bahagian adalah ditentukan oleh Majlis Tertinggi mengikut Fasal 8.2 dan 14.3 Perlembagaan UMNO. 5.5 Tarikh Persidangan Cawangan adalah ditentukan oleh Bahagian setelah berunding dengan Cawangan mengikut Fasal 15.13.3 dan 17.3 Perlembagaan UMNO. Tarikh hanya boleh diubahkan oleh pihak Cawangan setelah memaklumkannya kepada Bahagian dan mendapat persetujuan. 6. NOTIS PERSIDANGAN 6.1 Setiausaha Agung hendaklah memberitahu Bahagian dengan bertulis sekurang-kurangnya 30 hari terlebih dahulu daripada hari diadakan Perhimpunan Agung Tahunan tetapi jika ada sesuatu yang mustahak Presiden berkuasa memanggil Perhimpunan Agung Tahunan dengan mengeluarkan pemberitahuan di dalam tempoh tidak kurang daripada 14 hari. 6.2 Setiausaha Bahagian hendaklah memberitahu Cawangan dengan bertulis sekurang-kurangnya empat belas (14) hari terlebih dahulu daripada hari diadakan Perwakilan Bahagian. 6.3 Jika dengan sebab sesuatu kesukaran tidak dapat diadakan Persidangan Perhimpunan Agung atau Perwakilan Bahagian pada hari yang ditentukan itu, maka bolehlah persidangan itu ditangguhkan pada hari dan waktu yang ditetapkan oleh Presiden atau Ketua Bahagian. Setiausaha Agung atau Setiausaha Bahagian hendaklah memberitahu dengan bertulis kepada wakil-wakil dalam masa tidak lewat daripada tujuh (7) hari terlebih dahulu daripada hari yang telah ditentukan itu bagi mengadkan Persidangan semula. 6.4 Setiausaha Cawangan hendaklah memberitahu Ahli-ahli dengan bertulis sekurang-kurangnya tujuh (7) hari terlebih dahulu daripada hari diadakan Persidangan Cawangan. 6.5 Cawangan-cawangan yang ditangguhkan Persidangan Tahunannya atas sebab-sebab tertentu notis (7) hari bagi mengadakan Persidangan semula. 7. PERSIDANGAN SEMULA 7.1 Bahagian-bahagian atau Cawangan-cawangan yang gagal mengadakan mesyuarat Perwakilan Persidangan Tahunan pada tahun yang lalu bolehlah mengadakannya semula sekiranya ia telah menjelaskan yuran bagi tahun yang baru berlalu dan berhak menghantar wakil-wakilnya ke Perhimpunan Agung atau Perwakilan Bahagian. 7.2 Bahagian-bahagian atau Cawangan-cawangan yang gagal mengadakan mesyuarat Perwakilan/ Persidangan Tahunan pada tahun pemilihan, Jawatankuasanya adalah bubar. Maka Majlis Tertinggi atau Jawatankuasanya adalah bubar. Maka Majlis Tertinggi atau Jawatankuasa Bahagian atau Persidangan Khas Cawangan bagi memilih jawatankuasa baru yang akan memegang jawatan sehingga pemilihan Bahagian atau Cawangan akan datang. 7.3 Perwakilan Pemuda /Wanita Bahagian atau Persidangan Pemuda/Wanita Cawangan yang ditangguhkan atas sebab-sebab tertentu, boleh mengadakan Perwakilan atau Persidangan semula walaupun terkemudian daripada tarikh mesyuarat Perwakilan Bahagian atau Persidangan Cawangan asalkan tidak lewat daripada tarikh yang ditetapkan oleh Majlis Tertinggi. 8. HAK MENGHADIRI PERSIDANGAN 8.1 Hanya ahli biasa dan ahli seumur hidup yang telah menjelaskan yuran pada tahun lalu berhak hadir dan mengambil bahagian dalam sebarang Persidangan. 8.2 Ketua Cawangan yang enggan terima yuran tahunan daripada ahli boleh dikenakan tindakan tatatertib. 8.3 Merujuk fasal 25.1, yuran keahlian seumur hidup boleh dibayar terus ke ibu pejabat dan ibu pejabat mengagihkannya seperti berikut :- (a) Ibu Pejabat - 25% (b) Bahagian - 25% (c) Cawangan - 50% Peraturan ini juga diguna pakai untuk yuran ahli biasa. 8.4 Cawangan-cawangan yang baru ditubuhkan dan telah menerima Sijil Pendaftaran pada/atau 31 Disember, dalam satu-satu tahun berhak mengadakan Persidangan pada tahun berikutnya dan menghantar wakil penuh ke Perwakilan Bahagian. Demikian juga Cawangan Pemuda dan Wanita yang baru ditubuhkan dan telah mengadakan persidangan berhak menghantar wakil ke Perwakilan Bahagian Pergerakan masing-masing. 8.5 Ahli-ahli yang Cawangannya telah dibubarkan oleh Pendaftaran Pertubuhan, bolehlah membayar yurannya terus kepada Bahagian atau berpindah ke sebarang Cawangan lain untuk membolehkannya membayar yuran dan menghadiri persidangan serta bertanding untuk menjadi wakil atau memegang jawatan di sebarang peringkat. 8.6 Seseorang yang telah diisytiharkan muflis oleh mahkamah boleh menghadiri Persidangan sekiranya ia telah membayar denda ke atasnya. Bagi ahli yang dikenakan tindakan di bawah 8.7 Bahagian-bahagian atau Cawangan-cawangan yang menghantar yuran lewat mengikut tarikh yang ditetapkan oleh Majlis Tertinggi boleh mengadakan mesyuarat Perwakilan Bahagian atau Persidangan Tahunan Cawangan tetapi wakil-wakilnya ke Perhimpunan Agung atau Mesyuarat Perwakilan Bahagian itu bertaraf pemerhati sahaja. 8.8 Jika Cawangan gagal mengadakan Persidangan Tahunannya, tidak menyebabkan Persidangan Pergerakan Pemuda atau Wanita yang diadakan tidak sah dan adalahberhak menghantar wakil-wakilnya ke Mesyuarat Perwakilan Pemuda atau Wanita Bahagian. 9. ATURAN URUSAN PERSIDANGAN 9.1 Setiausaha hendaklah memberitahu dengan bertulis kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya tujuh (7) hari terlebih dahulu daripada Persidangan susunan agenda perkara Persidangan berserta dengan cadangan-cadangan, akan tetapi jika ada sebab-sebab yang mustahak pada fikiran Presiden susunan agenda perkara Persidangan ini bolehlah dihantarkan tidak lewat daripada tiga (3) hari. 9.2 Urusan Majlis Tertinggi hendaklah didahulukan daripada urusan-urusan lain dan urusan Majlis Tertinggi hendaklah diaturkan mengikut sebagaimana yang baik pada pertimbangan Pengerusi tetapi dengan tidak mengendahkan sebarang syarat lain dalam peraturan Persidangan boleh menentukan sesuatu kerja itu didahulukan dengan tidak mengikut susunan yang telah ditetapkan. 10. PEMBERITAHU USUL 10.1 Kecuali sebagaimana yang diisyaratkan dalam Peraturan Persidangan apa-apa usul hendaklah disampaikan pemberitahu itu tidak kurang daripada empat belas (14) hari terlebih dahulu tetapi jika usul itu atas nama Majlis Tertinggi maka memadailah dengan dikeluarkan pemberitahu tujuh (7) hari sahaja terlebih dahulu, dan pula jika Pengerusi puas hati setelah diterangkan kepadanya oleh seseorang Ahli Majlis Tertinggi iaitu bagi faedah orang ramai sesuatu usul itu mustahak dibahaskan dengan seberapa segeranya maka memadailah dikeluarkan pemberitahu itu dipinda atau ditolak. 10.2 Jika pada fikiran pengerusi, sesuatu pemberitahu yang diterima oleh Setiausaha itu melanggar apa-apa syarat Peraturan Persidangan ini Pengerusi bolehlah memerintah memerintah pemberitahu itu dipindah atau ditolak. 10.3 Dengan tertakluk kepada syarat-syarat dalam usul atau pindaan-pindaan hendaklah diserahkan kepada Setiausaha dengan bertulis. 11. CUKUP BILANG 11.1 Cukup bilang bagi Persidangan Perhimpunan Agung, Perwakilan Bahagian dan Persidangan Cawangan ialah satu perempat (1/4) daripada jumlah wakil-wakil atau ahli yang berhak hadir. 11.2 Sekiranya tidak cukup bilang selepas setengah jam lamanya waktu yang ditetapkan, maka Pengerusi hendaklah menangguhkan Persidangan itu kepada satu masa yang lain, tetapi sekiranya ada sebab-sebab yang mustahak bolehlah Pengerusi menjalankan Persidangan itu setelah berunding dengan Presiden/Ketua Bahagian/Ketua Cawangan dan keputusan Pengerusi adalah muktamad. 11.3 Cukup bilang bagi Persidangan Cawangan Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Wanita ialah sembilan (9) orang ahli pergerakan ini yang berhak hadir. 11.4 Perbahasan di dalam Persidangan tidak boleh dijalankan melainkan ada sekurang-kurangnya setengah daripada jumlah ahli yang menjadikan cukup bilang berada di tempat Persidangan itu diadakan. 12. Majlis Tertinggi boleh membuat peraturan mengenai 13. PEMERHATI KE MESYUARAT PERWAKILAN BAHAGIAN DAN PERSIDANGAN CAWANGAN 13.1 Badan Perhubungan hendaklah melantik wakil-wakil yang akan memerhati mesyuarat Perwakilan Bahagian dan membuat laporan berhubung dengannya. 13.2 Bahagian hendaklah melantik wakil-wakil ke Persidangan Cawangan dan membuat laporan berhubung dengannya. Wakil-wakil ini adalah terdiri daripada Ahli jawatankuasa Bahagian atau jika tidak mencukupi bolehlah melantik Ahli Jawatankuasa Bahagian atau jika tidak mencukupi bolehlah melantik Ahli Jawatankuasa Pemuda/Wanita Bahagian atau sebarang orang lain yang dipersetujui oleh Jawatankuasa Bahagian. 13.3 Perlantikan pemerhati-pemerhati ke mesyuarat Perwakilan Pemuda/Wanita Bahagian dan Persidangan Pemuda/Wanita Cawangan hendaklah mengikut kaedah yang sama seperti Bahagian dan Cawangan dalam Peraturan 13.1 dan 13.2 di atas. 13.4 Wakil-wakil yang dilantik tidak berhak mengendalikan Persidngan atau mencampuri urusannya tetapi boleh memberi pandangan atau nasihat jika diminta oleh Pengerusi Persidangan. 13.5 Jika atas sebab-sebab tertentu pemerhati-pemerhati yang dilantik oleh Badan Perhubungan atau Bahagian tidak dapat hadir,mesyuarat Perwakilan Bahagian atau Persidangan Cawangan boleh dijadikan dengan mengikut Peraturan Persidangan dan adalah sah. 14. AGENDA PERSIDANGAN Agenda Persidangan ialah seperti seperti berikut :- 14.1 Doa 14.2 Lagu UMNO 14.3 Membentangkan Peringatan Persidangan termasuk penyata-penyata Jawatankuasa 14.4 Ucapan Presiden 14.5 Pesanan Pengerusi (jika ada) 14.6 Membentangkan Peringatan Persidangan termasuk penyata-penyata Jawatankuasa 14.7 Memilih Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Ahli-ahli Majlis Tertinggi (jika berkenaan) 14.8 Penerangan daripada Majlis Tertinggi (jika ada) 14.9 Memberitahu darihal cadangan-cadangan dibahaskan (jika ada) 14.10 Sebarang cadangan atau kerja yang difikirkan oleh Pengerusi patut didahulukan (jika ada) 14.11 Cadangan-cadangan atau kerja yang difikirkan oleh Pengerusi patut didahulukan (jika ada) 14.12 Tangguhan persidangan 14.13 Ucapan penangguhan (jika ada) 15. PERINGATAN PERSIDANGAN 15.1 Peringatan hendaklah dibentangkan dalam Persidangan. 15.2 Setiausaha hendaklah menghantar senaskhah Peringatan Persidangan yang lalu kepada tiap-tiap ahli persidangan pada bila-bila masa sebelum diadakan Persidangan. Peringatan Persidangan hendaklah mengandungi nama tiap-tiap seorang ahli yang hadir dan segala keputusan Persidangan. 15.3 Cawangan-cawangan hendaklah menghantar Borang 9 bersama Minit Mesyuarat, Senarai Ahli Jawatankuasa Cawangan dan Penyata Kewangan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa dua puluh lapan (28) hari selepas persidangan. 16. TANGGUHAN PERSIDANGAN Persidangan boleh ditangguhkan pada sebarang masa oleh Pengerusi atau dengan cadangan oleh seorang ahli yang disokong dan dipersetujukan oleh Persidangan. 17. MENANGGUHKAN PERSIDANGAN KERANA MEMBAHAS PERKARA MUSTAHAK 17.1 Seorang ahli dengan kebenaran Pengerusi boleh mencadangkan supaya Persidangan itu ditangguhkan kerana hendak membahaskan sesuatu perkara yang mustahak. 17.2 Ahli itu hendaklah menyatakan perkara itu dan menyerahkan satu kenyataan bertulis kepada Pengerusi atas perkara yang hendak dibahaskan dan jika Pengerusi mendapati perkara yang dikemukakan oleh ahli itu mustahak hendaklah Pengerusi meminta ahli-ahli yang menyokong bangun ditempat masing-masing dan jika tidak kurang daripada satu perempat (1/4) daripada jumlah ahli yang hadir bangun menyokong maka Pengerusi bolehlah membenarkan perkara itu dibahaskan waktu yang ditetapkan olehnya. |