UMNO
lahir atas kesedaran dan kehendak para perwakilan
yang menghadiri Kongres Melayu Se-Malaya yang pertama
pada 1 – 4 Mac 1946.
Selepas Kerajaan Jepun menyerah
kalah pada 14 Ogos 1945, kerajaan British telah
menghantar bala tenteranya untuk menguasai semula
Semenanjung Tanah Melayu, dan serentak membawa perubahan
redikal terhadap pemerintahan negeri-negeri Melayu.
Melalui tipu hela, Raja-raja Melayu telah dipengaruhi
supaya menandatangani perjanjian dengan Harold MacMicheal
bagi menyerahkan kuasa pemerintahan serta kedaulatan
kepada Kerajaan British. Negeri-negeri Melayu bersama
Melaka dan Pulau Pinang disatukan di bawah Kesatuan
Malaya atau Malayan Union dan ditadbirkan sebagai
jajahan takluk British.
Apabila cara pemerintahan baru
di Semenanjung Tanah Melayu diumumkan di Parlimen
British pada 10 Oktober 1945, maka orang-orang Melayu
dari Perlis ke Singapura, melalui persatuan masing-masing,
berkumpul dan bersuara membantah penubuhan Malayan
Union. Satu perhimpunan besar-besaran yang pertama
telah diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur
pada 1 hingga 4 Mac 1946.
Ketetapan yang telah dipersetujui
di Kongres tersebut adalah:
1. Menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan
Melayu Bersatu atau UMNO
2. Membantah Penubuhan Malayan Union
3. Mengadakan Derma Pelajaran Kebangsaan Melayu
Suatu Jawatankuasa telah ditubuhkan
untuk menyediakan Piagam atau Perlembagaan Pertubuhan
Kebangsaan Melayu Bersatu (Pekembar) atau UMNO,
dan Perlembagaan itu telah diterima oleh perhimpunan
yang bersidang di Johor Bahru pada 11 Mei 1946 dan
pada tarikh tersebut UMNO selamat dilahirkan dengan
rasminya.
Perjuangan UMNO yang pertama adalah
membangkang penubuhan Malayan Union. Melalui akhbar-akhbar
seperti Utusan Melayu dan Majlis, suara orang Melayu
menentang Malayan Union dapat diketahui. Pemimpin
UMNO berjaya menasihatkan Sultan-sultan melayu supaya
tidak menghadiri upacara perlantikan Gabenor Malayan
Union yang pertama, Edward Gent, dan secara simbolik
memanifestasikan kemarahan dan bangkangan orang-orang
Melayu terhadap Malayan Union.
Dua bulan selepas wujudnya Malayan
Union, Kerajaan British telah mengubah pendirian
dan bersedia mengadakan perbincangan dengan wakil-wakil
UMNO dan Sultan-sultan bagi mewujudkan satu kerajaan
persekutuan baru. Rundingan ini berlangsung hingga
21 Januari 1948 apabila Perjanjian Persekutuan Tanah
Melayu ditandatangani oleh Raja-raja Melayu dengan
wakil kerajaan British yang mengembalikan semula
kuasa-kuasa dan kedaulatan Sultan-sultan. Secara
rasmi Persekutuan Tanah Melayu dilahirkan pada 1
Februari 1948.
Kerajaan Persekutuan Tanah Malayu
ditadbir oleh Pesuruhjaya Tinggi dan dibantu oleh
beberapa ahli Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan
termasuk Yang Di Pertua UMNO, Dato Onn bin Jaafar
yang telah diberi tanggunjawab sebagai Ahli (Member)
Hal Ehwal Dalam Negeri. Semasa memegang jawatan
itu, Dato Onn telah menubuhkan Lembaga Kemajuan
Kampung dan Perusahaan atau Rural and Industrial
Development Authority (RIDA) yang bertujuan membantu
orang-orang Melayu mencebur dalam bidang perusahaan.
Pemerintahan di peringkat Negeri pula adalah di
bawah kuasa Menteri Besar dibantu oleh Penasihat
British.
Pada bulan Jun 1948 pengganas dari
parti Komunis Malaya telah melakukan pembunuhan
liar dan pembinasaan terhadap harta awam dan persendirian
menyebabkan Kerajaan Persekutuan mengisytihar Darurat
pada 16 Jun 1948. Bagi menghadapi ancaman komunis
ini, UMNO telah menggembelingkan tenaga orang Melayu
lelaki dan perempuan supaya menyertai pasukan bersenjata
termasuk polis khas dan pengawal kampong.
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
mengandungi peruntukan berkenaan pilihanraya umum
bagi membolehkan rakyat memilih wakil-wakil mereka
ke Dewan Perundangan dan seterusnya memerintah sendiri
sebagai negara merdeka.
Langkah pertama yang dilakukan
oleh UMNO adalah berkerjasama dengan Persatuan Cina
Malaya (MCA) bagi merebut kerusi pilihanraya majlis
tempatan, iaitu Majlis Munisipal Kuala Lumpur pada
tahun 1951. Kerjasama ini telah membawa kejayaan
cermerlang dan dengan sokongan yang diberi kemudian
oleh Kongres India Malaya (MIC) maka satu gabungan
parti yang diberi nama Perikatan (Alliance) telah
ditubuh bagi menghadapi pilihanraya umum yang pertama
pada 27 Julai 1955 yang berkesudahan dengan Parti
Perikatan memenangi 51 daripada 52 kerusi bagi Majlis
Perundangan Persekutuan. Yang diPertua UMNO, Tunku
Abdul Rahman Putra telah dilantik menjadi Ketua
Menteri dan Menterinya terdiri dari wakil rakyat
yang dipilih dan juga pegawai pentadbir British
yang dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi.
Dengan kejayaan cermerlang yang
dicapai oleh Parti Perikatan, dalam pilihanraya
1955, UMNO terus berazam untuk mendapatkan kemerdekaan
penuh. Rundingan demi rundingan telah diadakan di
London di antara wakil-wakil Perikatan yang diketuai
oleh Yang DiPertua UMNO, Tunku Abdul Rahman Putra,
wakil-wakil Raja-raja Melayu dan wakil-wakil Kerajaan
British dan akhirnya persetujuan telah tercapai
bagi kemerdekaan Tanah Melayu sebagai Negara yang
merdeka dan berdaulat mulai pada 31 Ogos 1957.
Pada 27 Mei 1961 Tunku telah mencadangkan
supaya ditubuhkan Melayu Raya dengan merangkumi,
Borneo Utara (Sabah), Brunei, Sarawak dan Singapura
dan konsep ini diterima baik oleh hampir semua pihak.
Suruhanjaya peninjau (Cobbold Commission) dan penyiasat
dari Bangsa-bangsa Bersatu telah membuat laporan
positif dan setelah diadakan rundingan dengan pihak-pihak
yang terlibat, maka Negara Malaysia yang terdiri
dari Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan
Singapura wujud dengan rasminya pada 16 September
1963. Singapura keluar dari Malaysia hamper dua
tahun kemudian dan menjadi sebuah Rupublik pada
9 Ogos 1965.
Sebagai Negara merdeka dan berdaulat, UMNO menjadi
tulang belakang dalam Kerajaan Perikatan dan kemudiannya
Barisan Nasional, dan tidak putus-putus bergerak
untuk mengisi makna kemerdekaan.
Usaha membangunkan negara dalam
semua bidang dimulakan dengan wujudnya Rancangan
Pembangunan Jangkapanjang dan Rancangan pembangunan
bagi tiap-tiap lima tahun bermula dengan Rancangan
Malaya Pertama (1956-60) hinggalah Rancangan Malaysia
Ke-7 bagi 1996-2000.
Tujuan utama Rancangan pembangunan
negara adalah, di antara lain, meningkatkan taraf
politik dan sosio-ekonomi rakyat, menentukan kesalamatan
rakyat dari ancaman musuh baik dari dalam atau luar
negari, memperkembangkan ekonomi negara dan menyediakan
prasarana yang berkesan.
Pilihanraya umum bagi memilih wakil
rakyat untuk Dewan Perundangan Persekutuan telah
diadakan pada tahun 1955 dan untuk Dewan Rakyat
pada tahun 1959, 1964, 1969, 1974, 1978, 1982, 1986,
1990 dan 1995.
Pilihanraya juga diadakan bagi
memilih ahli untuk Dewan-dewan Undangan Negeri.
Parti Perikatan dan kemudiannya
Barisan Nasional telah menang dengan cemerlang setiap
kali diadakan pilihanraya Persekutuan dan berjaya
memegang teraju pemerintahan berturut-turut semenjak
195Parti Perikatan dan kemudiannya Barisan Nasional
telah menang dengan cermerlang setiap kali diadakan
pilihanraya Persekutuan dan berjaya memegang teraju
pemerintahan berturut-turut semenjak 1955. Kejayaan
ini adalah disebabkan oleh keazaman pimpinan dan
anggota UMNO dan sokongan rakyat jelata umumnya
terhadap dasar dan program yang disediakan oleh
UMNO dan rakan-rakannya.
Ahli-ahli UMNO sebagai pengamal
dan penyokong demokrasi, memilih pemimpin mereka
di peringkat Cawangan, Bahagian dan Majlis Tertinggi
dan persidangan perhimpunan agong juga diadakan
tiap-tiap tahun bagi membolehkan ahli-ahli mengetahui
perjalanan parti, menentukan dasar-dasar dan mengesan
pembangunan negara.
|