Salah
satu agenda tuntutan kemerdekaan yang diperjuangkan
oleh UMNO sejak penubuhannya pada 11 Mei 1946 ialah
penguasaan orang-orang Melayu ke atas ekonomi negara
sendiri yang ketika itu berada di tangan penjajah
dan kaum Cina.
Tanah Melayu ketika itu (termasuk Singapura)
yang mempunyai penduduk 4.91 juta merupakan bumi
yang dikurniakan oleh Allah dengan kekayaan alam
seperti bumi yang subur dan hasil bumi yang berharga.
Ekonomi Tanah Melayu pada 1947 bersandarkan kepada
getah dan bijih timah di mana 89 peratus daripada
pendapatan negara bergantung kepada kedua-dua
komoditi ini. Keluaran Negara Kasar Sebenar (RGDP)
adalah RM2,982 juta dan dua tahun kemudian meningkat
kepada RM3,027 juta, bertambah sebanyak 1.5 peratus.
Bagaimanapun Perang Korea yang meletus pada 1950
telah membawa nikmat kepada penanam getah dan
pelombong timah serta ekonomi Tanah Melayu. Purata
pertubuhan ekonomi negara dari 1947 hingga 1960
adalah pada kadar 4.5 peratus.
Apabila Tanah Melayu merdeka pada 1957, kepimpinan
UMNO dan kerajaan yang diketuai oleh Tunku Abdul
Rahman Putra selaku Perdana Menteri pertama memilih
dasar ekonomi pasaran bebas tetapi terpimpin dan
memperkenalkan berbagai program pembangunan untuk
meningkatkan taraf sosio-ekonomi rakyat.
Ia bermula dengan rancangan pembangunan lima
tahun yang dimulakan dengan Rancangan Tanah Melayu
Pertama (1956-60) dan Rancangan Tanah Melayu Kedua
(1961-65) dan kemudiannya diteruskan oleh Rancangan
Malaysia Pertama (RMK 1-1966-70) RMK 2 (1971-75)
dan seterusnya RMK7 yang dilancarkan pada Mei
1996.
Bagi membangunkan penduduk luar Bandar, kerajaan
melaksanakan Rancangan Pembangunan Luar Bandar
dengan membina jalan-jalan raya, bekalan api dan
air, sekolah-sekolah, klinik, masjid dan berbagai
kemudahan lagi.
Namun satu masalah sosio-ekinomi yang diwarisi
sejak zaman penjajah ialah di tahun-tahun awal
kemerdekaan, kedudukan ekonomi yang dicerminkan
mengikut kaum iaitu orang-orang Melayu menjadi
petani, orang-orang Cina menguasai perdagangan
dan perindustrian serta perlombongan manakala
orang-orang India menjadi buruh di lading-ladang
getah.
Terpinggirnya orang-orang Melayu daripada penguasaan
ekonomi Negara menimbulkan kebimbangan di kalangan
orang-orang Melayu, khasnya ahli-ahli UMNO. Oleh
itu merekamenganjurkan Kongres Ekonomi Bumiputra
yang pertama pada 1965 dan Kongres Ekonomi Bumiputra
kedua tiga tahun kemudian. Kebimbangan orang-orang
Melayu terhadap masa depan mereka mencetuskan
peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa berdarah itu
telah melahirkan Dasar Ekonomi Baru (DBE) yang
dianggap satu dasar kontroversi tetapi penting.
Di bawah DEB, masyarakat Malaysia disusunsemula
supaya 30 peratus kekayaan Negara berada di tangan
orang-orang Melayu, 30 peratus di tangan orang
asing dan 40 peratus di tangan kaum Cina.
Apabila kepimpinan Negara diterajui oleh Datuk
Seri Dr Mahathir, Malaysia mula memberi perhatian
khusus kepada proses mengubah struktur ekonomi
dengan memberi penekanan kepada sector perindustrian
dan perdagangan
Dengan itu kerajaan memperkenalkan dasar PersyarikatMalaysia
bagi mengatasi masalah birokrasi yang tidak sensitif
terhadap dunia perniagaan dan program pembangunan.
Di bawah dasar ini sector awam dan swasta menjadi
rakan kongsi untuk membangunkan ekonomi Malaysia.
Di awal kepimpinannya Dr Mahathir berusaha memecah
tembok psaikologi rakyat Malaysia, khasnya orang-orang
Melayu yang terbelenggu dengan kepercayaan ‘kita
tidak boleh membuat walaupun jarum’, dengan
melancarkan projek perindustrian berat Negara
yang dimulakan dengan projek kereta nasional,
Proton.
Sehingga Malaysia dilanda kemelesetan ekonomi
bermula 1083, ekonomi Malaysia masih bergantung
kepada sector pertanian dengan getah, kelapa sawit,
balak, selain timah menjadi bahan eksport utama.
Di waktu inilah kerajaan memperkenalkan dasar
penswastaan bagi meningkatkan kecekapan syarikat-syarikat
milik kerajaan di samping mengurangkan beban kerajaan
yang menanggung syarikat tidak menguntungkan dengan
gaji kakitangan yang basar. Sejak itu sehingga
1995, pertubuhan ekonomi Malaysia terus kukuh
pada kadar purata 8 peratus setahun.
Pentadbiran Dr Mahathir telah menganjurkan Wawasan
2020 yang akan membawa Malaysia menjadi Negara
maju pada tahun 2020.
Menjelang usia UMNO 50 tahun, dunia menyaksikan
bagaimana Malaysia bertukar menjadi salah satu
naga Asia Timur. Saranan Datuk Seri Dr Mahathir
untuk mewujudkan Rundingan Ekonomi Asia Timur
(EAEC) adalah untuk menjamin kurun ke-21 merupakan
abad rantau ini. Tidak syak lagi, Malaysia akan
terus menjadi sebuah Negara yang berpengaruh di
dunia dengan kedudukan ekonomi yang kukuh.