Semenjak UMNO ditubuhkan pada 11 Mei 1946, parti
itu sememangnya prihatin terhadap isu-isu sosio-budaya.
Tahun demi tahun usaha meningkatkan taraf hidup
dan keselesaan masyarakat mendapat perhatian pemimpin
UMNO terutamanya sesudah Negara mencapai kemerdekaan.
Taraf kemiskinan rakyat dapat dikurangkan ke
paras minima, pendapatan per kapita meningkat
dan penyediaan presarana dan kemudahan utiliti
berlaku dengan pesat.
Semua ini menjadikan Malaysia sebuah Negara contoh
dan Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri menjadi
insane yang disegani lagi disanjung tinggi bukan
sahaja di Malaysia tapi juga di seluruh dunia.
Kebajikan semua lapisan masyarakat dari warga
tua hingga belia mendapat perhatian penuh daripada
pemimpin UMNO.
Konsep masyarakat penyayang dan Rakan Muda diperkenal
dan diamalkan.
Dalam bidang sastera dan budaya, perkembangan
berlaku dengan pesat termasuk pengiktirafan di
tahap paling tinggi seperti Anugerah Sasterawan
Negara, Anugerah Seniman Negara dan Anugerah Seni.
Kesempatan menerbit karya-karya ilmiah dan popular
terbuka dan luas dengan adanya badan-badan seperti
Dewan Bahasa dan Pustaka (DAP).
Dalam bidang-bidang seni seperti seni tampak,
seni lakon, seni suara, para seniman dan seniwati
Malaysia berupaya menempah nama di arena antarabangsa
dan menerima penghormatan tinggi.
Dalam bidang rekreasi pula, rakyat berpeluang
mengambil bahagian dalam pelbagai jenis sukan.
Ahli sukan Malaysia berkesempatan menyertai pertandingan
di peringkat antarabangsa dan berjaya membuktikan
keunggulan masing-masing dengan menjadi jaguh
dunia apabila memenangi anugerah dan piala seperti
dalam sukan badminton.
Wakil-wakil Negara yang menyertai pelbagai persidangan,
seminar dan symposium antarabangsa telah berjaya
mengharumkan lagi nama Malaysia dengan penyampaian
idea yang bernas.
Dalam bidang sains dan teknologi, penyelidikan
asli yang dilakukan oleh para saintis Malaysia
dalam pelbagai ilmu di bidang pertanian dan perladangan
seperti industri getah, kelapa sawit, kayu-kayan
tropika, penyakit tropika telah mendapat pengiktirafan
saintis dunia.