UMNO berjuang, semenjak penubuhannya, untuk menegak,
mempertahan dan mengembangkan Islam, serta menghormati
prinsip kebebasan beragama. Tujuan ini termaktub
bukan sahaja dalam Perlembagaan UMNO tapi juga
dimuatkan dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah
Melayu dan kemudannya Perlembagaan Malaysia.
Malaysia adalah satu-satunya Negara berdaulat
yang berani dan bersedia menyatakan dalam Perlembagaan
bahawa Islam adalah agama rasminya. Berbagai-bagai
langkah dan tindakan telah dilakukan bagi meninggikan
syiar Islam, dan ini terbukti dari kejayaan yang
tercapai dalam bidang pendidikan, ekonomi, social
dan membina masjid-masjid. Bagi kemudahan beribadah,
masjid-masjid dan surau-surau dibina di setiap
pelusuk Negara.
Bidang Pendidikan
Dasar Pelajaran Kebangsaan yang dipelopori oleh
UMNO membolehkan murid-murid yang beragama Islam
mempelajari matapelajaran agama Islam di sekolah-sekolah
biasa berbanding dengan kedudukan sebelumnya yang
mana pendidikan agama hanya diperolehi secara
sambilan dan sendirian atau di sekolah-sekolah
pondok dan Arab yang umumnya tidak begitu teratur.
Selain dari sekolah biasa, beberapa institusi
pendidikan Islam telah diwujudkan seperti Sekolah
Menengah Kebangsaan Agama, Maktab Perguruan Islam,
Pusat Pengajian Tinggi Islam, Akademi Islam Universiti
Malaya, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan
Malaysia dan Universiti Islam Antarabangsa.
Pembelajaran agama Islam tidak terbatas kepada
pendidikan yang ada dalam negeri sahaja. Tiap-tiap
tahun Malaysia menghantar ramai pelajar ke institusi
pelajaran tinggi di seluruh dunia untuk mengikuti
kuliah dalam bidang agama Islam.
Usaha memperkenal dan mengembangkan syiar Islam
juga dilakukan oleh badan-badan seperti berikut:
-Lembaga Urusan Tabung Haji
-Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
-Persatuan Kebajikan Islam (PERKIM)
-Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
-Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam
(ISTAC)
-Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
-Pusat Islam Malaysia
-Persatuan Ulama Malaysia
Bidang Ekonomi
Usaha menerapkan unsure-unsur Islam dengan baik
walaupun perlahan-lahan. Penduduk Malaysia, khususnya
yang beragama Islam, kini mempunyai pilihan untuk
menjalankan aktiviti ekonomi melalui system dan
cara Islam.
Dalam bidang kewangan, Bank Islam Malaysia Berhad
telah ditubuhkan bagi membolehkan umat Islam memilih
sistem perbankan yang mereka senangi. Begitu juga
dalam bidang insurans yang sekarang ini boleh
diperolehi melalui Syarikat Takaful.
Bidang Antarabangsa
Semenjak negara merdeka, umat Islam serata dunia
mengenal Persekutuan Tanah Melayu dan kemudianya
Malaysia kerana usahanya menanjur musabaqah al-Quran
antarabangsa setiap tahun. Ramai qari dan qariah
dari negara-negara Islam menyertai musabaqah dan
kemudiannya tilawah al-Quran. Acara ini disiarkan
secara langsung melalui televisyen ke seluruh
Negara Islam.
Bila Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) diwujudkan,
Presiden UMNO yang kedua dan bekas Perdana Menteri
Malaysia pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj
telah dilantik menjadi Setiausaha Agung pertamanya,
satu penghormatan untuk UMNO dan Negara. Malaysia
juga memainkan peranan yang penting dan berkesan
dalam siding-sidang antarabangsa dalam hal-hal
bersangkut dengan Islam.