Tanpa ilmu dan pengetahuan, kehidupan seseorang
insane adalah gersang. Menimba ilmu dari mana
sahaja, melengkapkan diri dengan seberapa banyak
pengetahuan sudah menjadi sebati dengan perjuangan
UMNO dari awal lagi. Di Kongres Melayu Semalaya
yang pertama pada 4 Mac 1946, salah satu resolusi
yang persetujuan salain daripada penubuhan UMNO
ialah mengadakan “satu derma Pelajaran Kebangsaan
Melayu Semenanjung” di bawah kelolaan pertubuhan
Kebangsaan Melayu Bersatu. Demikian prihatinan
orang-orang Melayu terhadap ilmu dan pelajaran.
Menyedari betapa jauh ketinggalan anak-anak Melayu
dalam bidang pendidikan, maka langkah yang diambil
oleh pemimpin UMNO setelah menang pilihan raya
umum 1955 ialah menubuhkan satu jawatankuasa di
bawah pimpinan Tun Abdul Razak, Timbalan Yang
DiPertua UMNO, untuk mengkaji system pendidikan
dan membuat syor berkenaannya.
Penyata Razak berkenaan Pendidikan telah dibentang
pada 1956 disusuli dengan Ordinan Pelajaran.
Undang-undang telah disemak beberapa kali untuk
memantapkan lagi system pendidikan tanah air.
UMNO mahukan semua kanak-kanak Malaysia diberi
pendidikan yang cukup dari peringkat-peringkat
tadika hinggalah universiti oleh yang demikian,
usaha membanyakkan lagi sekolah dan guru terlatih
bagi menampung keperluan murid-murid yang kian
bertambah dilakukan secara serius. Begitu juga
usaha untuk meluaskan pendidikan tinggi berjalan
dengan lancer, dan buktinya dapat dilihat dari
peruntukan yang besar dalam Belanjawan Negara
setiap tahun.
Malaysia juga menghantar penuntut yang agak ramai
ke institusi-institusi pengajian tinggi di luar
Negara untuk menimba ilmu dalam pelbagai disiplin.
Bagi UMNO pendidikan adalah satu pelaburan yang
cukup mustahak bagi membina Negara dan bangsa.