Bagi sesebuah negara yang merdeka dan berdaulat,
pertahanan adalah agenda penting. Di zaman empayar
Melaka, Sultan memerintah dan dibantu oleh Bendahara,
Temenggung, Laksamana, Syahbandar dan petugas
lain.
Kesultanan Melaka juga mengadakan hubungan dan
kerjasama dengan empayar China pada 1403 bertujuan
menyekat serangan dari kerajaan Siam. Apabila
penjajahan Portugis, Belanda dan British menakluki
negeri-negeri Melayu, semua peranan pegawai istana
seperti Bendahara, Temunggung dan Laksamana dihapuskan.
Penjajah mempunyai bala tenteranya sendiri termasuk
askar upahan dari negeri jajahannya yang lain.
Semasa pemerintahan British, sudah ada orang-orang
Melayu yang menimbulkan semangat patriotisme dan
menuntut kemerdekaan dan golongan ini diburu dan
ditindas.
Pertahanan Tanah Melayu di zaman penjajahan British
dikelolai oleh Britain dan ramai anak-anak Melayu
turut serta dalam Regimen Askar Melayu, Regiman
Persekutuan, Polis Polis Khas, Pasukan Kawalan
Kampung, dan lain lain. Kecermelangan Regimen
Askar Melayu terbukti semasa perang dunia kedua
dan juga semasa Darurat (1948-1960). Pasukan Polis
juga memainkan peranan penting menjaga keamanan
dalam negeri.
Selepas tanah air mencapai kemerdekaan pada 31
Ogos 1957, semua tugas pertahanan dikelolai dan
dilakukan Kerajaan melalui Kementerian pertahanan
dan Kementerian Dalam Negeri. Dalam perkara yang
menguntungkan negara, Kerajaan mengadakan perjanjian
pertahanan seperti Persetujuan Pertahanan Anglo-Malayan
dan kemudiannya kerjasama pertahanan bersama lima
negara.
Semenjak merdeka, negara telah mengembangkan
keupayaan dan kecekapan angkatan bersenjatanya
yang dilengkapkan dengan senjata canggih dan moden
sejajar dengan keperluan negara. Peranan tentera
darat, laut, udara, wataniah, polis dan penjaga
keamanan yang lain menjadi kebanggaan bangsa dan
negara.
Selain daripada peranannya dalam negeri, angkatan
bersenjata Malaysia dan Polis Diraja Malaysia
turut serta dalam tugas keamanan yang dilakukan
di bawah panji-panji Bangsa-bangsa Bersatu.