UMNO, sebagai pelopor yang memperjuangkan kemerdekaan
tanah air sehingga berjaya, memang prihatin terhadap
isi kemerdekaan, khususnya kesihatan dan kesejahteraan
rakyatnya.
Kesihatan dan kesejahteraan rakyat bermula dari
rahim ibu hingga liang lahad.
Sebelum negara merdeka, jumlah bayi yang mati
semasa dan selepas dilahirkan adalah tinggi sebabkan
tiada layanan dan rawatan yang berkesan disediakan
khususnya bagi penduduk luar bandar. Rawatan yang
terbuka untuk penghuni bandar pun terhad. Begitu
juga dengan kemudahan khidmat doktor dan doktor
pakar yang jumlahnya terlalu kecil jika dilihat
dari nisbah penduduk negara.
Usaha memberi rawatan dan layanan yang terbaik
dan profesional kepada pesakit telah dilakukan
oleh Kerajaan yang diterajui oleh UMNO semenjak
hari pertama negara merdeka. Usaha membanyakkan
klinik desa, pusat bidan, hospital, hospital pakar,
pusat latihan, sekolah perubatan dan lain-lain
berkenaan kesihatan dilakukan dengan giat tahun
demi tahun. Peruntukan yang besar telah disediakan
dalam setiap Rancangan Pembangunan Lima Tahun
bagi kemudahan dan khidmat kesihatan dan peubatan.