Undang-undang dan peraturan adalah sendi masyarakat.
Sejak zaman berzaman masyarakat Melayu bergerak
dalam lingkungan undang-undang, mahupun secara
adat atau bertulis.
Hukuman adat yang dipakai Adat Perpateh dan Adat
Temenggung. Selepas Islam berkembang di rantau
ini, maka Hukum Syara’ menjadi sendi utama
masyarakat Melayu.
Pada zaman itu ramai cendikiawan mahir dalam
bahasa Arab dan kitab Burr Manzun telah diterjemahkan
ke bahasa Melayu. Buku-buku figh, khususnya berkenaan
mazhab Shafie, karya al-Ghazali 91059-1111, al-Syirazi
(1233-1277), al-Asnawi (1305-1370) dan al-Subki
(1326-1459) beredar di Mekah dan negeri-negari
lain.
Dalam abad ke-15, hadis yang di kumpul dan disusun
oleh ulamak-ulamak Islam terkenal seperti Bukhari
(810-870) Muslim (817-865), Tirmizi (824-893)
dan al-Nasa’I (915) juga mendapat sebaran
yang luas di rantau ini.
Kitab Fikh pertama dalam bahasa Melayu telah
ditulis oleh seorang ulamak Aceh, Nur al-Din Al-Ranriri
pada tahun 1635 dan judulnya ialah kitab Sirat
al-Mustaqim. Pada tahun 1661, Shekih abdul Rauf
Pansuri atas kehendak Sultanah Safiah al-Din dari
Aceh telah menulis sebuah lagi kitab figh berjudul
Mir’al-Tullah. Kitab Sabilul Muhtadin pula
ditulis oleh Sheikh Arshad al-Banjari pada tahun
1784.
Sheikh Daud bin Abdullah al-Fattani menulis tiga
buah buku iaitu Bughya al-Tullah, Nahju al-Raghibin
dan al-Saidu Wa Zabaih. Kesemua buku-buku fiqh
ini tidak menyentuh kitab Matla’u al-Hadrain
yang ditulis pada 1892 oleh ulamak Sheikh Muhammad
Islam dari Pattani.
Dua buku undang-undang Melayu yang terkenal pada
zaman kegemilangan Melaka adalah Hukuman Melayu
Melaka dan Undang-undang Laut.
Semasa penjajahan British, undang-undang bertulis
diperkenalkan dalam bentuk Enakmen dan Ordinan.
Dalam usaha menuntut kemerdekaan, UMNO menentukan
supaya diadakan Perlembagaan bertulis dan apabila
negara merdeka pada 31 Ogos 1957, Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu menjadi undang-undang
utama dan dijelaskan juga bahawa apa undang-undang
yang diluluskan selepas kemerdekaan yang berlawanan
dengan perlembagaan adalah terbatal.
Kuasa membuat undang-undang adalah di tangan
Dewan Rakyat dan Dewan Negara bagi Persekutuan
dan di tangan Dewan Undangan Negeri bagi negeri-negeri.
Pentadbiran keadilan pula dikelolai oleh Mahkamah
yang mempunyai beberapa peringkat. Umumnya, pentadbiran
keadilan adalah bebas dari gangguan eksekutif
dan kebebasan hakim juga dijamin Perlembagaan
Persekutuan.